Berita

Sarawak masih membincangkan penglibatan Petros dari segi ekuiti



KUCHING, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri masih lagi mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengenai penglibatan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dari segi ekuitinya dalam sektor minyak dan gas.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pada dasarnya Petronas dan Petro telah mencapai persetujuan bersama.

“Dalam hal ini, ia berkaitan dengan kuantum penglibatan Petros dalam sektor minyak dan gas, berapa peratus yang perlu diuruskan oleh  Petros.

“Dulu, hanya Petronas sahaja yang terlibat dalam proses cari gali, sekarang Petros akan menyertai proses cari gali tersebut bersama-sama dengan kontraktor yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019 di Hotel Hilton di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, mengenai perbincangan dengan kerajaan Persekutuan mengenai pembayaran royalti minyak, semuanya berjalan dengan lancar dan akan dimaklumkan kelak.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan terhadap sebarang percubaan untuk mengeluarkan negeri ini dari Persekutuan Malaysia.

“Tindakan itu adalah bersesuaian kerana ia menyentuh kepada kedaulatan undang-undang negara.

“Anda tidak boleh sesuka hati bercakap mengenai isu kedaulatan negara, ia boleh menjadi sesuatu yang lebih serius,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 44 orang pelajar cemerlang Sijil pelajaran Malaysia (SPM) menerima biasiswa bagi Program Penajaan Pendidikan Petronas, 54 pelajar bagi biasiswa Program Penajaan Bantuan Latihan Vokasional dan 51 pelajar yang kurang bernasib baik menerima biasiswa di bawah Program Budi Petronas.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]