Senarai Berita

Kertas siasatan kesalahan TNB kini di Jabatan Peguam Negara

BANGI, 23 Julai (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kesalahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam insiden bil pengguna melambung pada Mei lepas sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk maklum balas, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.


Wong Kah Woh dilantik sebagai Pengerusi SEDA

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) hari ini mengumumkan pelantikan Wong Kah Woh sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan yang berkhidmat sebagai pemangku pengerusi sejak Julai tahun lepas.


Kedah lancar pelan induk tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharu

ALOR SETAR, 22 Julai (Bernama) -- Perbadanan Menteri Besar Kedah melancarkan Pelan Induk Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharu Negeri Kedah, sebagai garis panduan khusus untuk memastikan pembangunan negeri seiring kelestarian alam.


Projek Battersea : Bukti Malaysia Boleh

Oleh Aishah Mohmad Afandi

LONDON, 21 Julai (Bernama) -- Stesen Janakuasa Battersea merupakan antara simbol pemodenan London, kaya dengan unsur-unsur sejarah yang amat dihargai oleh setiap warga London. 


Sarawak di landasan betul, pacu Revolusi Industri 4.0

KUCHING, 20 Julai (Bernama) -- Sarawak kini berada di landasan betul dalam mengadaptasi teknologi baharu untuk memacu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).


Adam, robot humanoid versi Malaysia

Oleh Syed Iylia Hariz Al-Qadri and Hafzi@Hasani Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Sophia, robot humanoid sosial, yang mencuri perhatian ramai dua hari lepas dan malah turut berinteraksi dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berdebat dengan jaguh debat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga Menteri Belia dan Sukan.


MIDF ulangi saranan 'beli' ke atas TNB

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- MIDF Research mengulangi saranan “beli” ke atas Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada harga sasaran tidak berubah pada RM14.40.

Kerajaan sentiasa sokong sektor korporat teroka revolusi industri 4.0 - Yeo

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kerajaan sentiasa bersedia memberi sokongan penuh kepada sektor korporat untuk memacu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).


Serba Dinamik IT Solutions mahu peluas penyelesaian pembayaran parkir tanpa tunai

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd merancang meluaskan penyelesaian pembayaran tanpa tunai kepada 20 lagi kemudahan tempat letak kereta baharu di Lembah Klang menjelang akhir tahun daripada lebih 25 perkhidmatan sedia ada secara usaha sama dengan operator.  


"Manusia dan robot boleh bekerja bersama-sama untuk bina dunia lebih baik"- Sophia, robot humanoid

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Manusia dan robot Kecerdasan Buatan (AI) kedua-duanya boleh memanfaatkan kemahiran intrisik masing-masing untuk saling menyokong satu sama lain dan bekerja bersama-sama untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik, itulah antara kata-kata penting Sophia, robot humanoid sosial.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]