Berita

Wong Kah Woh dilantik sebagai Pengerusi SEDA

SEDA Chairman Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) hari ini mengumumkan pelantikan Wong Kah Woh sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan yang berkhidmat sebagai pemangku pengerusi sejak Julai tahun lepas.

Wong juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sejak 2018 dan peguam berpengalaman selama 14 tahun.

“Pada masa ini beliau juga ialah ahli Parlimen Ipoh Timor yang membolehkan beliau menyuarakan pandangan dan syor ke arah pembentukan dasar menerusi kenyataannya,” menurut SEDA dalam kenyataan.

SEDA berkata beliau berperanan dalam banyak bidang termasuk korporat, perbankan dan kewangan, transaksi hartanah dan komersial daripada pembelian syarikat, pewujudan syarikat usaha sama, pinjaman, pembiayaan projek sehinggalah perancangan dan pentadbiran estet.

Selain itu, Wong amat berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat memandangkan beliau juga merupakan peguam penasihat kepada persatuan komuniti, menyediakan nasihat dan khidmat undang-undang secara percuma kepada pelbagai persatuan berasaskan komuniti di Perak.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]