Berita

MIDF ulangi saranan 'beli' ke atas TNB

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- MIDF Research mengulangi saranan “beli” ke atas Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada harga sasaran tidak berubah pada RM14.40.

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata hasil dividen sebanyak empat peratus, peningkatan perbelanjaan modal (capex), mencadangkan ruang untuk dividen terus meningkat atau pertumbuhan perolehan, manakala penjanaan keuntungan daripada aset gentian teras menjadi pemangkin utama bagi saham.

Dalam lawatan ke projek solar berskala besar (LSS) 1 TNB, TNB Sepang Solar (TSS), MIDF berkata dijangka capex bagi kabel, tidak termasuk kos bagi Right of Way, adalah RM1 juta bagi setiap kilometer (km).

“Walaupun butiran capex sebenar akan datang tidak diberikan, kami menganggarkan TSS akan mencatatkan capex antara RM5.5 juta hingga RM6 juta setiap megawatt (MW) atau sejumlah RM275 juta hingga RM300 juta berikutan kos projek itu dibuat sekitar 2016,” katanya.

MIDF Research juga berkata kos dijangka berkurangan sejak itu kepada kira-kira RM3 juta hingga RM4 juta/MW sekarang dan ini sepatutnya dicerminkan dalam projek LSS2 (TNB Bukit Selambau) atau  LSS3 bergantung pada bila kos itu dimuktamadkan.

Untuk rekod, Tenaga menerusi TSS telah memenangi bidaan  LSS1 untuk membina dan mengendalikan operasi projek solar 50MW di tapak seluas 98.34 hektar di Kuala Langat, yang dipajak daripada Tenaga pada kadar pasaran, di bawah perjanjian pembelian tenaga kuasa selama 21 tahun.

Pada 11.44 pagi,  kaunter TNB melonjak 20 sen kepada RM13.62, dengan 7.30 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]