KUCHING, 20 Julai (Bernama) -- Sarawak kini berada di landasan betul dalam mengadaptasi teknologi baharu untuk memacu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata dengan dasar keterbukaan, kepimpinan yang baik dan kestabilan politik di negeri ini beliau percaya Sarawak akan bertambah maju dan mampu bersaing di peringkat global.
“Teknologi sangat penting dalam sesebuah organisasi dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
“Dalam hal ini, dengan sikap keterbukaan yang diamalkan oleh pihak kerajaan, ia mampu membantu pihak swasta dalam menyesuaikan diri mereka menghadapi perubahan tanpa sebarang sekatan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Menjangkau Paradigma 2019 Sarawak di sini, hari ini.
Justeru itu, melalui persidangan ini, Mohd Abdul Karim berkata Serba Dinamik berperanan mendidik pemain industri untuk memahami, menguasai dan menyesuaikan diri dengan teknologi baharu yang sesuai serta mampu membantu operasi syarikat.
“ Serba Dinamik membawa masuk pelbagai teknologi asing daripada syarikat luar dalam usaha menyediakan penyelesaian kejuruteraan kepada syarikat-syarikat di negara ini khususnya di Sarawak.
“Dalam hal ini, Serba Dinamik atau pihak swasta perlu berjalan seiring dengan kerajaan dan menjalinkan kerjasama yang baik dalam usaha untuk merealisasikan impian IR 4.0,” katanya.
Sidang Kemuncak Menjangkau Paradigma yang bertemakan 'Mewujudkan Penyelesaian Digital Tersendiri' yang bermula hari ini sehingga esok itu memaparkan teknologi termaju yang meliputi idea-idea teras mengenai automasi dan pertukaran data yang membabitkan persekitaran IR 4.0.
Matlamat utama sidang kemuncak itu adalah untuk menggabungkan perniagaan yang mengusahakan penyelesaian Revolusi Industri 4.0 berskala kecil dan mengumpulkan mereka bersama untuk memulakan idea, membincangkan konsep dan melaksanakan idea-idea ini untuk mengubah landskap digital Malaysia.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]