Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd merancang meluaskan penyelesaian pembayaran tanpa tunai kepada 20 lagi kemudahan tempat letak kereta baharu di Lembah Klang menjelang akhir tahun daripada lebih 25 perkhidmatan sedia ada secara usaha sama dengan operator.
Ketua Pegawai Teknologinya Kalaikovan Antony berkata kemudahan sedia ada kini menggunakan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang dibangunkan oleh syarikat itu. terutama QwikPay, sejak lebih setahun.
“Mereka menggunakan QwikPay yang kami bangunkan. Kami juga menyediakan tiket kad dengan kod QR, supaya orang ramai boleh mengimbas dan membuat bayaran menerusi e-wallet. Kamilah yang membangunkan perisian dan pekakasan ini," katanya.
Kalaikovan memberitahu Bernama di luar sidang kemuncak Beyond Paradigm di sini bahawa syarikat itu sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenal penyelesaian pembayaran itu di pasaran Indonesia.
"Kami juga kembali ke Indonesia dan berusaha menyesuaikan aplikasi kami mengikut pasaran di sana selain ke India dan Qatar.
"Ini adalah portfolio lain yang kami akan kaji, terutama aplikasi letak kereta, yang kami mahu perkenalkan. Syarikat mahu memasuki pasaran Qatar dalam tempoh dua hingga tiga bulan dan memperoleh tempat letak kereta di negara itu.
"Kami juga menjual peralatan kami di Qatar," katanya.
Sidang Kemuncak Beyond Paradigma yang berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini itu bertemakan ‘Mewujudkan Penyelesaian Digital Tersendiri’.
Serba Dinamik ialah penganjur utama sidang kemuncak itu, dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia sebagai penganjur bersama.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]