KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Firma tenaga solar, Atlantic Blue Sdn Bhd (ABSB), 45 peratus milik syarikat bersekutu Chin Hin Group Bhd, telah mencadangkan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia menerusi syarikat tujuan khas, Solarvest Holdings Bhd (SHB).
Sebagai bahagian penting cadangan penyenaraian itu, SHB mencadangkan untuk mengambil alih keseluruhan modal saham ABSB untuk pertimbangan pembelian sebanyak RM26.26 juta, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Selaras dengan perkara di atas, vendor ABSB pada 30 Jan, 2019, memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) bersyarat dengan SHB berhubung pengambilalihan yang dicadangkan.
"Pertimbangan pembelian sebanyak RM26.26 juta bertujuan untuk memenuhi terbitan 291.79 juta saham biasa baharu dalam SHB pada harga terbitan kira-kira sembilan sen setiap saham SHB."
SPA telah diselesaikan hari ini mengikut terma dan syarat, dan SHB kini menjadi syarikat bersekutu 45 peratus milik Chin Chin manakala SHB akan memiliki keseluruhan ekuiti ABSB.
Sementara itu, penyenaraian tertakluk kepada, antara lain, kelulusan diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Oleh itu, tidak ada jaminan bahawa kelulusan tersebut akan diberikan atau penyenaraian yang dicadangkan mungkin berlaku. Oleh itu, pemegang saham Chin Hin perlu ambil perhatian bahawa penyenaraian yang dicadangkan itu mungkin atau tidak mungkin menjadi kenyataan.
Atlantic Blue ialah penyedia penyelesaian kejuruteraan, perolehan dan penyelesaian pasang siap dalam bidang pertanian solar berskala besar dan penyediaan penyelesaian fotovoltaika solar terbaik.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]