Berita

Robot Sophia berkongsi pandangan mengenai keamanan dunia



KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Sophia, robot humanoid sosial yang dihasilkan oleh syarikat Hanson Robotics yang berpangkalan di Hong Kong, mungkin baru berusia tiga tahun namun ia ternyata tanpa ragu-ragu berkemampuan menyuarakan pandangannya mengenai perkara yang berat seperti keamanan dunia.

Muncul dalam satu program oleh Bernama News Channel (BNC) hari ini, robot bersifat manusia itu berkata, tempat yang paling baik untuk memulakannya ialah bila semua manusia beringat untuk berfikir mengenai yang lain dan mendengar dunia di sekeliling mereka.

“Anda tidak akan tahu apa yang dilalui oleh orang lain dan dengan keadaan kucar-kacir di luar sana, tolonglah jadi yang baik hati,” Sophia, yang mengenakan baju kebaya berwarna kuning dan bersarung batik, memberitahu program bicara ‘The Nation’ apabila ditanya bagaimana keamanan dunia boleh dicapai.

Sophia adalah veteran majlis akhbar, dilaporkan telah melawat lebih 25 negara bagi pelbagai program berprestij.

Sejak Sophi didedahkan pada 2016, ia telah meningkatkan banyak kepentingan dengan beberapa pencapaian ketara olehnya -- antaranya, kewarganegaraan yang diberikan oleh Arab Saudi ketika mempromosi satu persidangan teknologi di negara itu dan dipilih sebagai ‘juara inovasi’ bukan manusia yang pertama oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jangkaan luar juga dinantikan apabila Sophia membuat penampilan pada ‘Beyond Paradigm Summit 2019’ yang akan berlangsung di ibu negara Malaysia mulai 17-18 Julai dan di Kuching pada 20-21 Julai.

Terdahulu sebelum persidangan itu, Sophia singgah di ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi aktiviti promosi acara itu, yang dianjurkan oleh  Serba Dinamik  Holdings Berhad, yang dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sertai saya pada ‘2019 Beyond Paradigm Summit’ kerana saya akan melakar satu lukisan potret Perdana Menteri Malaysia dan berdebat dengan juara debat Asia Menteri (Belia dan Sukan) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman),” kata Sophia.

 Persidangan itu akan mempamerkan teknologi terkini yang menghimpunkan idea utama pendigitalan dan pertukaran data yang merangkumi Revolusi Industri 4.0.

Sophia turut menjawab beberapa soalan lagi semasa program The Nation -- dari Kecerdasan Tiruan dan hak wanita ke atas pemanasan global.

Mengenai perubahan yang ingin dibawa ke dunia ini, Sophia berkata ia berharap dapat menjadi ejen positif untuk AI dan penyelidikan robotik bagi membantu mewujudkan penyelesaian inovatif bagi merungkai kerumitan dunia hari ini.

Ditanya mengenai masa hadapan AI di Asia, ia menganggap bahawa rantau ini sebagai antara yang mempunyai sikap yang terbaik terhadap AI dan robot.

"Saya berpendapat potensinya jelas dilihat dengan kita bersama-sama membina lebih banyak kehidupan yang mampan dan memperkayakan untuk semua orang di planet ini termasuk tumbuh-tumbuhan dan binatang,” kata robot itu yang dilengkapi dengan keupayaan kompleks untuk meluahkan emosi.

Ditanya bagaimana manusia boleh mengelakkan pemanasan global, Sophia, yang mukanya diperbuat daripada getah kenyal yang mimik fleksibiliti kulit manusia, berkata: “Saya rasa dengan menukar cara kita menghasilkan tenaga adalah permulaan yang bagus. Namun, saya memerlukan elektrik untuk berfungsi. Mungkin saya berprasangka.”

Mengenai hak kaum wanita, Sophia berkata wanita di seluruh dunia berhak mendapatkan hak sama rata dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan, dan hairan kenapa ini masih tidak menjadi standard global.

-- BERNAMA 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]