Senarai Berita

Insentif pembiayaan MSPO tidak akan dilanjutkan - Teresa Kok

TAIPING, 15 Ogos (Bernama) -- Insentif pembiayaan 100 peratus bagi pekebun kecil mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) yang akan berakhir 31 Dis ini, tidak akan dilanjutkan, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.


T7 Global, Advancecon bekerjasama teroka peluang dalam ECRL

KUALA LUMPUR, 14 Ogos  (Bernama) -- Pembekal minyak dan gas, T7 Global Bhd hari ini mengumumkan bahawa subsidiari milik penuhnya, Kemuncak Sdn Bhd dan Advancecon Infra Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM44 bilion.


Asia miliki kelebihan pacu pelaksanaan kecerdasan buatan (AI)

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Asia mempunyai kelebihan bagi memacu pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) berikutan penekanan teknologi itu terhadap peri pentingnya peranan tenaga kerja dan pengetahuan domain mereka, demikian menurut syarikat berpangkalan di Lembah Silikon, Atomiton Inc.


Perusahaan Malaysia perlu tingkat kemahiran pekerja dalam AI dan teknologi

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Malaysia perlu meningkatkan kemahiran pekerja serta mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menambah nilai syarikat dan bukan semata-mata tertumpu kepada mencari keuntungan melalui kaedah pengurangan kos, kata pakar.


Serba Dinamik raih US$250.3 juta kontrak di Uzbekistan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Serba Dinamik Holdings Bhd, Serba Dinamik International Ltd (SDIL), memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) di Uzbekistan bernilai US$250.3 juta (US$1=RM4.20).


Petronas Chemical dijangka catat keputusan suku ketiga lemah - Aminvestment

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd bagi separuh pertama tahun kewangan 2019 turun 34 peratus sejajar dengan pengurangan hasil 13 peratus disebabkan oleh purata harga produk yang lebih rendah.


PetChem catat keuntungan bersih rendah sedikit pada suku kedua 2019

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) mencatatkan keuntungan bersih rendah sedikit sebanyak RM1.12 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2019, berbanding RM1.44 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, berikutan penurunan harga minyak mentah dan permintaan pasaran yang lemah.


Stok minyak sawit Julai 2019 turun 0.79 peratus - MPOB

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Julai 2019 turun 0.79 peratus kepada 2.39 juta tan metrik daripada 2.41 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.


MREPC peruntuk RM20 juta bantu PKS dalam automasi, teknologi hijau

PETALING JAYA, 13 Ogos (Bernama)  -- Kerajaan menerusi Majlis Penggalakan Eksport Getah Malaysia (MREPC) memperuntukkan sebanyak RM20 juta di bawah Dana MREPC baharu bagi Automasi dan Teknologi Hijau untuk membantu peserta industri terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Jumlah pekebun kecil Sabah miliki MSPO masih rendah - Teresa Kok

TAWAU, 12 Ogos (Bernama) -- Jumlah pekebun kecil kelapa sawit di Sabah yang mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) masih rendah akibat kekangan termasuk tidak mengetahui kewujudan perkara itu serta kecewa dengan harga komoditi itu yang rendah, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]