Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Asia mempunyai kelebihan bagi memacu pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) berikutan penekanan teknologi itu terhadap peri pentingnya peranan tenaga kerja dan pengetahuan domain mereka, demikian menurut syarikat berpangkalan di Lembah Silikon, Atomiton Inc.
Syarikat perisian itu menyediakan platform generasi seterusnya bagi sistem pintar seperti rangkaian internet pelbagai benda (IoT).
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Atomiton, Jane Ren berkata Asia turut dibarisi tenaga kerja muda yang ramai dan menyertai industri minyak dan gas (O&G) selain ada sifat ingin tahu serta teruja untuk menimba kemahiran baharu berbanding mereka di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
"Walaupun beberapa negara maju memulakan perjalanan itu lebih awal lagi, tumpuan mereka asalnya adalah kepada usaha pengumpulan kuantiti data. Asia sebaliknya berpeluang untuk menerajui usaha itu di sini dengan menyepadukan AI dalam kaedah kerja petugas dalam bidang O&G," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Bagaimanapun, kata Ren, kekurangan infrastruktur maklumat yang moden akan mengekang pelaksanaan AI dalam industri O&G tersebut.
"Industri itu secara tradisionalnya kurang mendapat pelaburan di kawasan ini. Namun, menerusi penggunaan AI, kalangan syarikat perlu mengatasinya dengan memilih perisian yang lebih mesra integrasi," katanya.
Oleh itu, Ren berkata kalangan pemain O&G perlu merancang satu pendekatan berperingkat bagi mempertingkatkan infrastruktur maklumat berkaitan.
Dalam industri O&G, teknologi AI itu digunakan oleh pengendali bagi melakukan serta menjangkakan keputusan yang lebih pantas, efisyen dan proaktif.
Menurutnya, AI itu juga boleh memberi impak positif dalam bidang teras operasi O&G seperti melindungi integriti infrastruktur seperti saluran paip dengan mengunjurkan faktor risiko dan membuat keputusan awal rantaian bekalan di kilang penapisan dan terminal menerusi analisis permintaan dan penawaran.
Tidak seperti AI yang dilaksanakan industri teknologi dan kewangan yang mana perisian itu boleh beroperasi secara sendiri, AI dalam O&G sebaliknya perlu bertindak seiringan dengan tenaga manusia di lapangan, katanya.
"Sebagai contoh, AI boleh mengenal pasti faktor-faktor risiko awal berlakunya masalah saluran paip agar pemeriksaan dapat dilakukan secara proaktif dan kawasan yang disasarkan. Ia juga dapat meneliti produktiviti telaga supaya sebarang campur tangan dan keputusan perancangan dapat diambil dengan analisis yang jimat kos," katanya.
Ren berkata industri O&G itu juga dapat memanfaatkan AI agar lebih cekap kos pada lima peratus dan pengurangan kos sehingga 15 peratus dalam pelbagai operasi dengan visi lebih jelas.
Bagaimanapun, tegasnya, AI bukanlah satu penyelesaian kerana industri O&G itu perlu melaksanakan perubahan bagi mengguna pakai AI yang menuntut kecekapan digital dalam kalangan tenaga kerja, khususnya dalam industri minyak dan gas.
"Menerusi kemampuan pengesanan atau jangkaan yang dimiliki, AI akan membuat keputusan berdasarkan senario yang akan berlaku dan tidak hanya apa yang telah terjadi," katanya.
Selain itu, AI juga dapat melonjakkan kadar perubahan itu dengan sentiasa menganalisis maklumat-maklumat baharu.
"Kesemua perkara yang dinyatakan itu merupakan teras kecekapan syarikat O&G bagi mengendalikan kepesatan landskap dalam industri yang berdepan cabaran," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]