Berita

Petronas Chemical dijangka catat keputusan suku ketiga lemah - Aminvestment



KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd bagi separuh pertama tahun kewangan 2019 turun 34 peratus sejajar dengan pengurangan hasil 13 peratus disebabkan oleh purata harga produk yang lebih rendah.

AmInvestment dalam laporan syarikatnya hari ini berkata hasil rendah bagi separuh pertama tahun kewangan 2019 itu juga diburukkan lagi oleh kuantiti jualan lebih rendah, walaupun unit prestasi (PU) lebih tinggi, kerana tempoh sebelum ini mendapat manfaat daripada penurunan inventori yang lebih tinggi.

"Harga minyak mentah turun sebanyak 15 peratus sejak harga puratanya berada pada US$68 setong pada suku kedua 2019 berikutan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta prospek ekonomi global yang lemah, yang membawa kepada penurunan harga bahan kimia seperti polietilena, metanol dan paraxlene,” kata firma penyelidikan itu.

Ia juga menjangkakan keputusan suku ketiga lebih lemah, berikutan purata PU, yang dijangka jatuh kepada bawah 80 peratus disebabkan oleh pemulihan dalam pelbagai aktiviti, tetapi diunjur melantun semula pada suku berikutnya. 

AmInvestment juga berkata berdasarkan kepada data baru-baru ini, pendapatan Petronas Chemical dijangka kekal lemah, memandangkan harga produk kumpulan itu mempunyai hubung kait yang tinggi dengan harga minyak mentah. 

"Petronas Chemical kini didagangkan pada unjuran nilai/pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan pada 9 kali bagi tahun kewangan 2020 yang wajar, hampir mencapai purata lima tahunnya, manakala hasil dividen adala adil pada tiga peratus," kata firma penyelidikan itu.

AmInvestment mengekalkan saranan “pegang” terhadap saham tersebut.

Sehingga pukul 2.47 petang, saham PCG turun 14 sen kepada RM7.25, dengan 5.5 juta saham didagangkan.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]