Berita

T7 Global, Advancecon bekerjasama teroka peluang dalam ECRL



KUALA LUMPUR, 14 Ogos  (Bernama) -- Pembekal minyak dan gas, T7 Global Bhd hari ini mengumumkan bahawa subsidiari milik penuhnya, Kemuncak Sdn Bhd dan Advancecon Infra Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM44 bilion.

Advancecon Infra merupakan anak syarikat Advancecon Holdings Bhd. 

"Kerjasama itu akan memberikan peluang kepada pihak-pihak terbabit untuk menubuhkan perkongsian strategik bagi pelbagai aktiviti berkaitan dengan projek tersebut, berdasarkan kepada kepakaran dan kekuatan yang membolehkan mereka meneroka ke dalam kepakaran dan sumber masing-masing," kata T7 Global dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Perjanjian itu dijangka tidak akan memberi sebarang kesan material terhadap perolehan sesaham, aset bersih sesaham, penggearan, modal saham dan pemegang saham utama saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. 

"Jika kerjasama itu direalisasikan, ia akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan syarikat," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Tan Sri Tan Kean Soon dalam satu kenyataan berasingan berkata, industri pembinaan hari perlu berkembang dan menyesuaikan diri dengan kewujudan peraturan baharu.

"Kami amat sukacita kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang berpengalaman, yang mana, kepakarannya diiktiraf secara meluas di seluruh dunia. Perjanjian ini akan diperkukuhkan lagi dengan sinergi gabungan kemahiran serta strategi jangka panjang kami," katanya. 

Pada 26 Julai, T7 Global telah mengumumkan perjanjian kerjasama dengan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, sebuah organisasi bukan kerajaan yang mewakili kontraktor Bumiputera untuk menerokai peluang-peluang perniagaan yang berkaitan dengan projek ECRL.

ECRL yang mempunyai kepanjangan landasan sehingga 640 km, dijangka siap menjelang Disember 2026 dan mampu menghubungkan Kota Bharu ke Putrajaya dalam tempoh kira-kira empat jam sahaja.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]