Berita

Perusahaan Malaysia perlu tingkat kemahiran pekerja dalam AI dan teknologi



Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Malaysia perlu meningkatkan kemahiran pekerja serta mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menambah nilai syarikat dan bukan semata-mata tertumpu kepada mencari keuntungan melalui kaedah pengurangan kos, kata pakar.

Pengarah Eksekutif, Ketua Bakat dan Perniagaan Ganjaran Willis Towers Watson Malaysia, Dr Tan Juan Jim berkata langkah tersebut akan dapat menghilangkan kebimbangan di kalangan kakitangan bahawa penggunaan pendigitalan dan automasi akan membawa kepada kehilangan pekerjaan mereka.

Majikan harus mendidik dan memahamkan pekerja mengenai hala tuju syarikat, katanya kepada Bernama semasa ceramah “Power Talk” yang dianjurkan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini.

Beliau ketika ditanya mengenai tahap kesedaran penggunaan pendigitalan serta Internet Pelbagai Perkara (IoT) di kalangan perusahaan tempatan, menjelaskan kesedaran mengenai perkara tersebut telah wujud tetapi mereka belum tahu untuk menarik nilai daripada pengetahuan itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Peniagaan Ganjaran Willis Towers Watson Asia Pasifik, Shai Ganu berkata kaji selidik mengenai masa depan pekerjaan yang dibuat oleh syarikat berkenaan baru-baru ini mencadangkan bahawa untuk perusahaan mencatatkan kejayaan dalam era digital, perdebatan mengenai teknologi ini harus dikurangkan dan tumpuan perlu dibuat ke atas sumber insani.

"Dahulu, kita banyak tertumpu kepada buruh atau peranan manual tetapi sekarang,  tanggungjawab utama Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan adalah untuk memastikan bahawa kemahiran mereka dipertingkatkan supaya mereka boleh mengambil peranan digital yang lebih besar dan lebih baik.

Ditanya bagaimana kerajaan dapat membaiki keadaan ini, Shai menjelaskan kerajaan Singapura telah pun mencatatkan kejayaan untuk dijadikan contoh. 

“Kerajaan pada dasarnya sedang membangunkan atau mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri untuk masa depan dan ia (Singapura) telah mengemukakan tiga langkah iaitu perancangan tenaga manusia, inventori kemahiran dan latihan kepada peningkatan kemahiran serta kemahiran semula kakitangan," katanya.

Ceramah “Power Talk” telah dianjurkan oleh Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM), dan Shai Ganu merupakan salah seorang penceramah pada acara itu.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]