TAIPING, 15 Ogos (Bernama) -- Insentif pembiayaan 100 peratus bagi pekebun kecil mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) yang akan berakhir 31 Dis ini, tidak akan dilanjutkan, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.
Beliau berkata adalah sesuatu yang merugikan jika pekebun kecil belum berdaftar dan enggan menggunakan peluang tersebut.
"Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM100 juta untuk bayar kos pensijilan. Saya sudah menjelajah di banyak tempat dan sudah menguar-uarkan perkara ini.
"Kalau mereka masih tidak mahu mendapatkan pensijilan, yang rugi adalah mereka kerana ini adalah percuma," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat MSPO Penanam Sawit Perak di sini, hari ini.
Untuk pekebun kecil persendirian, kerajaan memberi RM135 sehektar sebagai insentif MSPO yang bertujuan meningkatkan profil tanaman itu di pasaran global selain menangani cabaran semasa serta pada masa depan.
Mengulas lanjut, Kok berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pekebun kecil enggan mendapatkan MSPO termasuk keperluan mengubah syarat nyata tanah iaitu daripada sebarang jenis tanaman kepada sawit.
"Untuk negeri Perak, pada 27 Ogos ini saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi membawa pemasalahan yang dikemukakan pekebun kecil terutama tentang ubah syarat nyata tanah.
"Tentang ubah syarat nyata tanah ini, kementerian memang amat memerlukan kerjasama daripada semua kerajaan negeri mempercepatkan proses tersebut," katanya.
Setakat 30 Jun ini, hanya 42 peratus daripada keseluruhan 5.849 juta hektar tanaman kelapa sawit seluruh negara telah mendaftar sijil MSPO.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]