Berita

MREPC peruntuk RM20 juta bantu PKS dalam automasi, teknologi hijau

PETALING JAYA, 13 Ogos (Bernama)  -- Kerajaan menerusi Majlis Penggalakan Eksport Getah Malaysia (MREPC) memperuntukkan sebanyak RM20 juta di bawah Dana MREPC baharu bagi Automasi dan Teknologi Hijau untuk membantu peserta industri terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MREPC Chik Chan Chee berkata dana awal itu adalah dalam bentuk geran padanan sehingga 50 peratus daripada kos projek tertakluk kepada maksimum RM1 juta bagi setiap syarikat.

"Kami berharap dana ini boleh membantu PKS melabur dalam teknologi hijau dan automasi bagi menangani peningkatan kos buruh dan kos pengeluaran lain,” katanya dalam ucapan pembukaan beliau pada majlis pelancaran dana itu yang dirasmikan oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok, di sini, hari ini. 

Chik berkata daripada 19 permohonan yang diterima, lima syarikat telah diluluskan dan diberikan sijil untuk menerima dana itu hari ini.  

Kumpulan kedua syarikat yang diluluskan akan diumumkan tidak lama lagi, katanya. 

Sementara itu, Kok berkata, dana tersebut juga bertujuan bagi menampung keperluan untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui sebagai komponen kos tenaga proses pembuatan yang dijangka sehingga setinggi 10-20 peratus.

“Saya menggesa industri untuk menerajui penggunaan sumber tenaga alternatif yang juga perlu disertakan dengan pelan mitigasi pencemaran dan pembuangan sisa yang diluluskan oleh pihak berkuasa,” katanya. 

Industri getah, yang ketika ini terdiri daripada lebih  300 pengeluar produk getah, pada 2018, mengeksport produk getah bernilai RM23.7 bilion  yang menyumbang 2.4 peratus daripada jumlah eksport negara. 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]