Berita

Serba Dinamik raih US$250.3 juta kontrak di Uzbekistan



KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh  Serba Dinamik  Holdings Bhd,  Serba Dinamik  International Ltd (SDIL), memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) di Uzbekistan bernilai US$250.3 juta (US$1=RM4.20).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata SDIL telah memeterai kontrak itu dengan Hazarasp Chlor Alkali LLC FC bagi kerja-kerja EPCC untuk loji pemprosesan klorin dan loji kuasa turbin stim bebas di Khorezm, Uzbekistan.

Tempoh kontrak bermula 8 Ogos, 2019 sehingga 7 Ogos, 2021.

Sementara itu  Serba Dinamik  Sdn Bhd (SDSB) yang juga anak syarikat SDHB meraih dua kontrak operasi dan penyenggaraan (O&M) dari Petronas Carigali Sdn Bhd bagi menyediakan perkhidmatan penyenggaraan ke atas Pemampat Gas Weir (sehingga 9 Jun, 2020) dan Generator Capstone Microturbine (sehingga 17 Jun, 2022).

“Kontrak O&M itu tidak mempunyai nilai khusus kerana ia berasaskan ‘panggilan’ yang mana arahan kerja akan diberikan berdasarkan budi bicara pelanggan bergantung kepada jadual dan kadar bagi sepanjang tempoh kontrak.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]