Berita

Stok minyak sawit Julai 2019 turun 0.79 peratus - MPOB



KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Julai 2019 turun 0.79 peratus kepada 2.39 juta tan metrik daripada 2.41 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan ‘Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi Bulan Julai 2019’ yang dikeluarkan hari ini menyatakan stok minyak sawit mentah (MSM) turun 0.72 peratus kepada 1.34 tan metrik daripada 1.35 tan metrik pada bulan sebelumnya manakala stok minyak sawit diproses susut 0.88 peratus kepada 1.055 juta tan metrik daripada 1.64 tan metrik sebelumnya.

MPOB berkata pengeluaran MSM meningkat 15.06 peratus kepada 1.74 tan juta metrik berbanding 1.51 tan metrik pada Jun. 

Pengeluaran isirung sawit naik 15.60 peratus kepada 411,701 tan metrik pada Julai daripada 355,397 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Eksport minyak sawit meningkat 7.37 peratus kepada 1.49 juta tan metrik daripada 1.49 juta tan metrik pada Jun, manakala eksport oleokimia bertambah 13.40 peratus kepada 288,251 tan metrik daripada 254,188 tan metrik.

Eksport biodiesel pada bulan yang sama juga naik 154.40 peratus kepada 78,920 tan metrik daripada 31,022 tan metrik manakala eksport dedak isirong meningkat 1.67 peratus kepada 218,501 tan metrik daripada 214,915 tan metrik sebelumnya.

Sementara itu, eksport minyak isirung sawit jatuh 2.63 peratus pada Julai 2019 kepada 83,806 tan metrik daripada 86,066 tan metrik dicatatkan pada Jun.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]