SERI ISKANDAR, 9 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) menandatangani perjanjian bagi geran penyelidikan dengan TotalEnergies EP Malaysia (TotalEnergies) baru-baru ini bagi menjalin kerjasama dalam membangunkan dan melaksanakan teknologi penderiaan fiber optik terkini untuk pemantauan subsurface fluid yang terkandung di bawah tanah.
BANGKOK, Feb 8 (Bernama) -- Malaysia dan Thailand akan memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi digital sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NIBONG TEBAL, 8 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan inisiatif menggunakan tenaga solar bagi menjana tenaga elektrik yang lebih lestari melalui pemasangan sistem solar panel fotovoltaik (PV) di Kampus Kejuruteraan, di sini yang dapat menampung hingga 45 peratus penggunaan tenaga tahunan daripada tenaga boleh baharu berkenaan.
MELAKA, 30 Jan (Bernama) -- Isu kenaikan tarif elektrik yang membebankan pemain industri perhotelan mampu ditangani dengan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui (RE) atau penggunaan tenaga solar.
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- YTL PowerSeraya Pte Ltd, anak syarikat milik penuh YTL Power International Bhd dan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) iaitu anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengumumkan perjanjian pembekalan tenaga elektrik 100 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura menerusi penyambung tara baharu yang dipertingkat.
Oleh M. Saraswathi
DAVOS (Switzerland), 19 Jan (Bernama) - Petronas akan membangunkan cerapan yang diperoleh pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos dan seterusnya memacu agenda untuk penyelesaian yang boleh diambil tindakan dan pragmatik dalam peralihan tenaga untuk Asean di Energy Asia 2023 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun.
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Malaysia menggesa Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) untuk terus menyokong agenda peralihan tenaga serantau berdasarkan keperluan tempatan dan realiti sosial.
KUCHING, 16 Jan (Bernama) -- Sarawak akan mempunyai kelebihan dalam pengeluaran sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) keempat sekiranya kerjasamanya dalam projek RE hibrid baharu dengan syarikat antarabangsa terkemuka Shell untuk menghasilkan tenaga angin dan solar terbukti berjaya.
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) baru-baru ini menyerahkan Surat Hasrat (LOI) kepada Pengerusi Otorita Ibu Kota Nusantara (IKN) dengan menyatakan minat untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam pembangunan serta operasi penyelesaian tenaga di IKN Nusantara, Indonesia merentas pelbagai teknologi seperti gas, solar, angin, hidro dan penyimpanan bateri.
KUCHING, 5 Jan (Bernama) -- Komitmen Sarawak dalam menerokai tenaga boleh baharu bagi mencapai visi menjadi negeri maju menjelang 2030 mendapat perhatian Norway yang berminat mencari peluang kerjasama.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]