MELAKA, 30 Jan (Bernama) -- Isu kenaikan tarif elektrik yang membebankan pemain industri perhotelan mampu ditangani dengan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui (RE) atau penggunaan tenaga solar.
Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn Bhd Datuk Dr Ir Muhammad Guntor Mansor Tobeng berkata peralihan itu penting memandangkan 388 hotel bertaraf lima dan empat bintang di seluruh negara terkesan dengan kenaikan kos yang tinggi daripada surcaj 20 sen/kwj atau 40 peratus kenaikan akibat pelarasan tarif elektrik.
"Kita menerima maklum balas daripada persatuan dan pengusaha hotel yang mereka berdepan kenaikan kos operasi terutama selepas tarif elektrik diselaraskan baru-baru ini, terutama hotel lima dan empat bintang yang menggunakan kira-kira 1 juta kilowat jam sebulan berbanding hotel bajet dan bertaraf tiga bintang ke bawah.
"Justeru alternatif terbaik buat pengendali industri perhotelan adalah beralih menggunakan tenaga boleh baharu atau memasang panel solar di bumbung hotel," katanya yang merupakan salah seorang pengendali ladang solar terbesar di Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Hotel Industry Meetup (HIM) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama pengusaha hotel dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah MPC Zahid Ismail, Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia Shaharuddin M Saaid dan wakil Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) Rohizam Md Yusoff.
Dalam pada itu, beliau berkata pihak industri perhotelan turut perlu dibantu dengan penyaluran Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) melalui Suruhanjaya Tenaga.
Katanya, ini dapat membantu pihak hotel melakukan audit bagi mencari kaedah menguruskan tenaga dengan lebih cekap, yang sekali gus dapat membantu mereka daripada terus menanggung kerugian.
"Untuk itu saya merayu geran EACG ini disediakan kerajaan untuk digunakan bukan sahaja pengusaha hotel bertaraf lima dan empat bintang tetapi semua hotel secara keseluruhannya termasuk hotel bajet," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]