Deputy vice-chancellor Innovation and Community Network Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Azlan Amran speaking at the official launch of the project, today.
NIBONG TEBAL, 8 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan inisiatif menggunakan tenaga solar bagi menjana tenaga elektrik yang lebih lestari melalui pemasangan sistem solar panel fotovoltaik (PV) di Kampus Kejuruteraan, di sini yang dapat menampung hingga 45 peratus penggunaan tenaga tahunan daripada tenaga boleh baharu berkenaan.
Timbalan Naib Canselor Jaringan Inovasi dan Masyarakat USM Prof Dr Azlan Amran berkata projek pemasangan sistem berkenaan di 19 lokasi premis di Kampus Kejuteraan itu menelan kos RM14 juta melalui kaedah pelawaan memberi cadangan (RFP) yang dimulakan pada 10 Jun 2022 dan siap sepenuhnya 19 Dis 2022.
"Inisiatif tenaga elektrik yang lebih lestari melalui pemasangan sistem solar PV di Kampus Kejuruteraan dengan kapasiti maksimum 4.3 MWp (Megawatt Peak) dapat menampung hingga 45 peratus penggunaan tenaga tahunan daripada tenaga boleh baharu tersebut.
"Kampus Kejuruteraan USM dijangka dapat mengurangkan kadar pencemaran karbon dioksida hingga 97,000 tan metrik bagi tempoh 25 tahun akan datang dan secara tidak langsung kami dapat menjayakan konsep kampus lestari yang menjadi matlamat utama USM iaitu Sustainability@USM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Projek Penjanaan Tenaga Boleh Baharu Melalui Pemasangan Sistem Solar PV Kampus Kejuruteraan USM yang turut dihadiri Pengarah Kampus Kejuteraan Prof Datuk Dr Nor Azazi Zakaria.
Azlan berkata hasil daripada penjanaan tenaga solar itu juga, USM Kampus Kejuruteraan dijangka dapat menjimatkan hingga 30 peratus bil utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Katanya selain itu, tenaga elektrik yang dijana melalui solar PV juga boleh mencapai hingga 75 peratus beban maksimum pada satu-satu masa.
Beliau berkata dengan segala manfaat yang ada, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) melalui kontraktor utama Sunway Engineering Sdn Bhd telah melaksanakan inisiatif pemasangan sistem solar PV di Kampus Kejuruteraan.
"Oleh kerana kos pemasangan yang tinggi, USM telah mengambil insiatif bekerjasama dengan pemain industri melalui kaedah RFP dan Sunway Engineering Sdn Bhd telah tampil sebagai kontraktor utama kepada projek ini dan kelebihan PV bukan sahaja menyumbang penjimatan bil elektrik malah apa yang penting aspek kelestarian dengan misi USM iaitu mentransformasikan pendidikan tinggi untuk kelestarian hari esok," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]