SEARCH News

Please select news category and type keyword(s) to search

TNB, Gamuda Land semai perkongsian bina dua stesen elektron untuk EV

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Gamuda Land, bahagian pembangunan hartanah Gamuda Bhd telah memeterai perkongsian strategik untuk membina dua stesen elektron bagi kenderaan elektrik (EV) di projek hartanahnya di Selangor.



Malaysia bakal jadi pangkalan pembuatan Thamlev USA bagi kenderaan elektrik ringan

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Malaysia bakal menjadi pangkalan pembuatan Thamlev USA Ltd di Asia Tenggara bagi pengeluaran basikal elektrik syarikat tersebut di luar dari Amerika Syarikat (AS). 



Ladang Solar Coara Marang Melancarkan Operasi Komersial

Ladang tenaga PV solar terbesar Malaysia akan mengurangkan pelepasan C02 sehingga 120,000 tan setahun



MARANG, Terengganu, 27 Okt (Bernama) -- Coara Marang Sdn Bhd pada 26 Oktober 2022 meraikan pelancaran ladang tenaga PV (photovoltaic) solar yang terbesar di Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan bersama oleh YB Dr. Haji Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu; Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Razif Abdul Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Heidi Geibel, Pegawai Hal Ehwal Ekonomi mewakili Tuan Yang Terutama Dr. Peter Blomeyer, Duta Jerman; bersama Susan Hemming, Pengarah Eksekutif Coara Solar Sdn Bhd dan Anton Milner, Pengarah Urusan ib vogt GmbH.



Projek Solar Coara Marang merupakan syarikat tujuan khas yang dimiliki bersama oleh Coara Solar Sdn Bhd dan rakan niaganya dari Jerman, ib vogt GmbH, dan merupakan projek terbesar yang dibangunkan bersama oleh Coara Solar dan ib vogt pada setakat ini. Coara Marang merupakan antara syarikat yang memenangi skim pembidaan kompetitif LSS3 anjuran Suruhanjaya Tenaga Malaysia pada tahun 2019 untuk mereka bentuk, membina dan mengendalikan ladang tenaga PV solar.



Coara Marang Sdn Bhd lancar ladang solar di Marang

MARANG, 26 Okt (Bernama) -- Coara Marang Sdn Bhd hari ini melancarkan ladang tenaga solar fotovoltaik (PV) di sini, antara ladang solar terbesar di Malaysia.



Malaysia, Singapura selesai kerja naik taraf penghubung elektrik

Oleh Massita Ahmad



SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Singapura dan Malaysia telah menyelesaikan kerja-kerja menaik taraf saluran penyambung elektrik antara kedua-dua negara, menurut Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura.



Sarawak boleh mainkan peranan percepat peralihan tenaga negara serantau - Premier

KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sebagai penyedia tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia, Sarawak boleh memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tenaga negara serantau dengan bekerjasama dengan negara jiran dan berkongsi sumbernya.



Bio Eneco sasar pertingkat jualan bahan api biojisim secara global, tumpu Jepun

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Bio Eneco Sdn Bhd (Bio Eneco) yang berjaya memperoleh kontrak dari Jepun dan Filipina baru-baru ini, menyasarkan untuk membekal sejumlah 2.3 juta tan metrik bahan api biojisim di peringkat global dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Yayasan Sabah meterai perjanjian usaha sama pengeluaran tenaga boleh diperbaharui

KOTA KINABALU, 18 Okt (Bernama) -- Yayasan Sabah hari ini memeterai perjanjian usaha sama dengan G Capital Berhad untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui menerusi loji jana kuasa hidroelektrik mini di seluruh Sabah bagi melengkapkan penjanaan bekalan elektrik di negeri ini.



GCAP, Yayasan Sabah akan bangunkan bersama projek kuasa hidro mini di Sabah

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh G Capital Bhd (GCAP), CM Creative Itinerary Sdn Bhd, memeterai perjanjian usaha sama dan pemegang saham dengan Innoprise Synergy Sdn Bhd dan Kerap Hijau Sdn Bhd untuk membangunkan projek kuasa hidro mini di Sabah.



Agong berkenan rasmi pembukaan Stesen Janakuasa Battersea

LONDON, 13 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Battersea di Central London, menjelang pelancarannya kepada umum Jumaat ini.





    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]