KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu mengubah sistem, model perniagaan, andaian ekonomi, peraturan pasaran dan rangka kerja tadbir urus untuk mengatasi cabaran akibat peralihan tenaga dan penyahkarbonan, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
SIBU, 2 Okt (Bernama) -- Kira-kira 1,300 penduduk Kampung Uma Badeng di Long Busang, Bahagian Kapit menjadi antara rakyat pedalaman Sarawak, yang terkini menerima manfaat daripada pelaksanaan Skim Pembekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES) dan Skim Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menjalin kerjasama strategik dengan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagi membekalkan bekalan elektrik bervoltan tinggi kepada tiga stesen suis utama di sepanjang Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam.
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Research Sdn Bhd (TNBR) bekerjasama dengan Sedania Technologies Sdn Bhd (STSB) untuk menilai potensi menjana tenaga daripada air lebihan empangan dan takungan air di seluruh Malaysia.
JOHOR BAHRU, 22 Sept (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan pembiayaan pinjaman lebih RM254 juta bagi menggalakkan penyelidikan serta aplikasi teknologi dalam industri solar negara sejak 2011 hingga tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang melabur sebanyak RM21 bilion dalam program Grid Masa Depan bagi tempoh 2022 hingga 2024 untuk meningkatkan ketersediaan dan kebolehpercayaan rangkaian penghantaran dan pembahagiannya.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Dasar tenaga negara yang komprehensif untuk memastikan parameter sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam keadaan seimbang diperlukan, kata Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).
KUALA LUMPUR, Sept 5 (Bernama) --Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan penyelesaian tenaga pintar dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebagai sumber utama elektrik masa hadapan kepada para pelanggan N.U.R Power Sdn Bhd (NUR Power) di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah, serta lain-lain kawasan berlesen di bawah NUR Power.
MELAKA, 1 Sept (Bernama) -- Sistem bekalan elektrik di Hospital Melaka yang berusia 92 tahun dinaik taraf membabitkan kos RM23.88 juta menerusi peruntukan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyediakan keperluan bekalan yang lebih efisien dan stabil.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Tiga pulau dalam negara dicadang dijadikan Pulau Tenaga Hijau menggunakan 100 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB), menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]