TNB's Chief Retail Officer, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan (seated second from left) together with NUR Power Managing Director, Ikwan Hafiz Jamaludin (seated second from right) signing the Memorandum of Understanding (MoU) between two companies. The MoU signing was witnessed by TNB's Head of Solutions, Retail Division Mohamed Azrin Mohamed Ali (seated far left) and NUR Power, Chairman, Datuk Wira Ir. Mohd Sidek Ahmad (seated far right). The MoU signing session was also witnessed by the Ministry of Energy & Resources (KeTSA) Senior Division Secretary, (Electricity Supply) Mareena Mahpudz (standing second from right) and Sustainable Energy Development Authority, (SEDA), Chief Executive Officer Datuk Hamzah Hussin (standing second from left).
KUALA LUMPUR, Sept 5 (Bernama) --Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan penyelesaian tenaga pintar dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebagai sumber utama elektrik masa hadapan kepada para pelanggan N.U.R Power Sdn Bhd (NUR Power) di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah, serta lain-lain kawasan berlesen di bawah NUR Power.
TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata ia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NUR Power bagi membolehkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) atas bumbung, solar berskala besar serta penyediaan prasarana pengecas kenderaan elektrik dapat diberikan kepada seluruh pelanggan di kawasan KHTP.
Melalui kerjasama tersebut TNB memperoleh rakan strategik lain bagi melaksanakan inisiatif TBB bersama dengan NUR Power sebagai pembekal elektrik eksklusif kepada KHTP dan kawasan berlesen lain.
Para pelanggan di KHTP juga akan dapat menikmati kelebihan harga yang kompetitif untuk penyelesaian solar atas bumbung daripada kerjasama antara anak syarikat milik penuh TNB, GSPARX dan anak syarikat milik NUR Power, JS Solar.
Ketua Pegawai Retail TNB Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata kerjasama tersebut menandakan satu perkembangan yang amat memberangsangkan kepada negara dan syarikat itu kerana ia sejajar dengan aspirasi TNB iaitu untuk mempercepatkan peralihan tenaga kepada tenaga hijau.
“TNB berhasrat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan salah satu inisiatif utama untuk mencapai aspirasi ini adalah melalui membina kerjasama utama dan memperkukuh perkongsian yang akan membantu kami memacu agenda Peralihan Tenaga dengan lebih jauh lagi,” katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan NUR Power, Ikwan Hafiz Jamaludin berkata kerjasama tersebut akan dapat mempertingkatkan pembangunan TBB bagi pengguna tenaga elektrik di KHTP melalui pemindahan kepakaran dan teknologi antara kedua-dua pihak.
“Kerjasama dalam sektor TBB oleh NUR Power dan TNB dapat merealisasikan matlamat ‘Peralihan Utiliti TBB’ sebagai dua pembekal utiliti tenaga di Semenanjung serta dapat menyokong ikrar iklim dan visi ESG bagi syarikat multinasional (MNC) di KHTP dengan menyediakan keperluan dan kelengkapan sumber TBB bagi transformasi KHTP menjadi taman teknologi hijau yang unggul di Asia Tenggara," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]