Datuk Seri Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Tiga pulau dalam negara dicadang dijadikan Pulau Tenaga Hijau menggunakan 100 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB), menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata pulau berkenaan ialah Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu serta Pulau Tioman di Pahang.
Katanya, kertas cadangan mengenai inisiatif berkenaan telah dibentang kepada Kabinet, Jumaat lepas.
“Kita cadang mulakan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tadi Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) umum satu lagi pulau iaitu Pulau Tioman.
“Kerajaan memang serius dan kita harapkan walaupun tidak seluruh negara, ada komponen seperti pulau-pulau ini yang gunakan 100 peratus Tenaga Boleh Baharu,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022 oleh perdana menteri, di sini hari ini.
Perdana menteri ketika berucap berkata inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau ini adalah antara empat sistem pembekalan elektrik negara.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata kajian Malaysia Energy Transition Outlook (METO) kini sedang disediakan kerajaan dengan kerjasama Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) dan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.
“Ia penting kerana akan beri kita garis panduan bagaimana untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih 2050,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Takiyuddin berkata ketetapan dasar serta inisiatif pembangunan tenaga lestari dijangka dapat mengurangkan 45 peratus intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sektor bekalan elektrik.
Beliau berkata penetapan dasar serta inisiatif tersebut juga akan menghasilkan limpahan ekonomi melalui penjanaan pelaburan sehingga RM33 bilion dan mewujudkan 47,000 peluang pekerjaan langsung.
"Komitmen inj memerlukan gandingan usaha semua pemegang taruh dalam bidang tenaga lestari," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]