SIBU, 2 Okt (Bernama) -- Kira-kira 1,300 penduduk Kampung Uma Badeng di Long Busang, Bahagian Kapit menjadi antara rakyat pedalaman Sarawak, yang terkini menerima manfaat daripada pelaksanaan Skim Pembekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES) dan Skim Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata melalui pelaksanaan skim berkenaan, penduduk di kampung tersebut kini mampu menarik nafas lega kerana dapat menerima bekalan elektrik serta bekalan air paip bersih 24 jam.
Beliau berkata walaupun Long Busang terletak jauh di pedalaman, iaitu kira-kira enam jam perjalanan dari Bandar Kapit, bekalan elektrik 24 jam dapat disalurkan melalui kaedah elektrik `off-grid’ di bawah SARES yang menelan kos kira-kira RM7 juta, yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
“SARES merupakan satu projek bersifat komuniti, kerana akan diserahkan sepenuhnya kepada penduduk setempat untuk penyelenggaraan bukan teknikal dan pada masa yang sama, SEB (Sarawak Energy Berhad) akan terus melakukan pemantauan teknikal secara berkala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Julaihi berkata penduduk setempat dapat menjimatkan perbelanjaan, kerana tidak perlu lagi mengeluarkan kos banyak untuk membeli minyak diesel untuk mesin janakuasa elektrik, kerana skim ini tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada mereka.
Beliau berkata SAWAS di Long Busang siap September lepas, dengan menelan kos sebanyak RM3.46 juta yang melibatkan sistem rawatan air, tangki takungan air dan saluran paip ke setiap isi rumah di kampung tersebut.
Menyentuh tentang permasalahan telekomunikasi di kampung tersebut, beliau memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah meluluskan projek pembinaan satu menara telekomunikasi dan sedang mencari tapak sesuai.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]