Berita

UTP meterai perjanjian, perkukuh kolaborasi dengan industri tenaga

Mohamed Ibrahim (far right), flanked by Mohamed Firouz (second from left) and Azmir (second from right), with Xavier Faugeras at the signing ceremony.

SERI ISKANDAR, 9 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) menandatangani perjanjian bagi geran penyelidikan dengan TotalEnergies EP Malaysia (TotalEnergies) baru-baru ini bagi menjalin kerjasama dalam membangunkan dan melaksanakan teknologi penderiaan fiber optik terkini untuk pemantauan subsurface fluid yang terkandung di bawah tanah.

UTP dalam kenyataan hari ini berkata perkongsian itu bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengurusan subsurface fluid, termasuk penyimpanan karbon serta sistem medan minyak dan gas, menggunakan Pengimejan Distributed Acoustic Sensing (DAS), teknologi penderiaan seismik gentian optik dan analisis ramalan serta visual data menggunakan pembelajaran mesin.

Naib Canselor Prof Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib menandatangani perjanjian itu bagi pihak UTP, manakala TotalEnergies diwakili oleh Pengurus Besarnya Xavier Faugeras.

Majlis menandatangani perjanjian disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Mohamed Firouz Asnan dan Pengurus Besar Kanan Ekspolarasi Sumber MPM Azmir Zamri.

Mohamed Ibrahim berkata mereka cukup teruja untuk bekerjasama dengan TotalEnergies, sebuah syarikat multi-tenaga global yang menghasilkan dan memasarkan tenaga pada skala global dalam projek penyelidikan ini.

“Perkongsian itu akan menghimpunkan kepakaran dan sumber kedua-dua pihak yang memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi penderiaan gentian optik, disokong oleh pemerolehan data, visual subsurface, dan tafsiran imej yang dibantu dengan pengkomputeran berasaskan cloud yang akan menghasilkan penyelesaian yang berkesan bagi memantau cecair subsurface.

“Kerjasama ini adalah bukti usaha berterusan UTP dalam merealisasikan aspirasinya untuk menjadi peneraju dalam pendidikan teknologi dan pusat kecemerlangan kreativiti serta inovasi. Ia juga menyokong inisiatif peralihan tenaga Petronas untuk menuju ke arah Pelepasan Karbon Sifar (NZCE).

“Sebagai universiti terkemuka, UTP memainkan peranan penting dalam meneroka inovasi teknologi baharu dan ciptaan untuk membuktikan institusi kita kekal relevan untuk masa hadapan. Kami menyasarkan untuk menjadi penyedia penyelesaian teknologi bagi industri melalui kepakaran, pengalaman dan kemudahan penyelidikan kami, yang memenuhi keperluan serta piawaian industri,” katanya.

Sementara itu, Faugeras berkata TotalEnergies sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan UTP dalam projek penyelidikan ini dengan UTP, dalam subjek hebat berhubung pemantauan gentian optik.

"Pada masa kita perlu menyelesaikan cabaran peralihan tenaga, ia adalah peluang yang baik untuk membangunkan hubungan dengan akademi utama di Malaysia," kata Faugeras.

Pada hari yang perjanjian kolaborasi ditandatangani 2 Feb lepas, terdapat juga sesi penglibatan dan lawatan ke kampus UTP bagi delegasi utama Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) yang beroperasi di Malaysia, daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc., EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd., Hess Exploration and Production Malaysia B.V., Jadestone Energy (PM) Inc., Mubadala Energy, Petrofac (Malaysia-PM304) Limited, SK Earthon Co. Ltd. dan TotalEnergies EP Malaysia.

Selain itu, sesi berkenaan turut melibatkan POSCO International E&P Malaysia Sdn. Bhd., Sea Hibiscus Sdn. Bhd., Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited, Shell, JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Limited, International Petroleum Corporation Malaysia B.V., PTT Exploration and Production, SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc. dan ConocoPhillips Malaysia.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]