Berita

TNB minat teroka pembangunan penyelesaian tenaga di Nusantara

Tenaga Nasional Berhad (TNB) President and Chief Executive Officer, Datuk Baharin Din (Credit: TNB)

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) baru-baru ini menyerahkan Surat Hasrat (LOI) kepada Pengerusi Otorita Ibu Kota Nusantara (IKN) dengan menyatakan minat untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam pembangunan serta operasi penyelesaian tenaga di IKN Nusantara, Indonesia merentas pelbagai teknologi seperti gas, solar, angin, hidro dan penyimpanan bateri.

Dalam kenyataan pada Jumaat, TNB menjelaskan pihaknya juga berminat untuk meneroka sebarang peluang dalam perniagaan kesalinghubungan grid melalui kerjasama dengan PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) untuk membangunkan infrastruktur penghantaran voltan tinggi yang selamat dan boleh dipercayai di Global City for All, IKN Nusantara.

Menurut kenyataan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata LOI itu akan membantu memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama kedua-dua negara serta mempercepat pembangunan tenaga bersih di kedua-dua negara.

TNB menambah, pada majlis itu, Baharin turut menyerahkan satu lagi LOI kepada Pengarah Perancangan Sistem dan Transmisi PLN, Evy Haryadi untuk mengkaji semula MoU sebelum ini bagi meneruskan kerjasama peralihan tenaga yang bertanggungjawab, sejajar dengan komitmen kelestarian kedua-dua syarikat tenaga.

Beliau berkata terdapat banyak persamaan antara kedua-dua syarikat, serta TNB dan PLN akan mendapat manfaat bersama daripada perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam menghadapi cabaran peralihan tenaga.

Mengenai LOI itu, beliau berkata TNB mencadangkan agar MoU disemak bagi membolehkan kedua-dua utiliti menghidupkan kembali kajian penerokaan pembangunan kemudahan kesalinghubungan voltan tinggi antara Sumatera, Indonesia dan Semenanjung Malaysia.

“Rangkaian antara Sumatera dan Semenanjung Malaysia adalah sebahagian daripada Grid Tenaga Asean.

“Apabila projek ini siap kelak, negara-negara di rantau Asean akan dapat berkongsi sumber penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB), mengambil bahagian dalam perdagangan tenaga pelbagai hala dan menyediakan keselamatan tenaga untuk rantau ini,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]