KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- YTL PowerSeraya Pte Ltd, anak syarikat milik penuh YTL Power International Bhd dan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) iaitu anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengumumkan perjanjian pembekalan tenaga elektrik 100 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura menerusi penyambung tara baharu yang dipertingkat.
Dalam kenyataan hari ini, YTL PowerSeraya berkata ia telah dianugerah lesen pengimport elektrik bagi Malaysia untuk tempoh percubaan selama dua tahun oleh Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura (EMA) selepas permintaan proses cadangan yang kompetitif pada Oktober 2021.
Tenaga elektrik itu akan dibeli daripada TNB Pasir Gudang Energy Sdn Bhd, sebuah syarikat bertujuan khas milik penuh TNB Genco.
“Kedua-dua pihak akan bekerjasama erat dengan EMA dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia bagi memperhalusi semua pengaturan kawal selia dan penetapan teknikal di bawah Rangka Kerja Import Elektrik.
“Perjanjian itu akan berkuatkuasa selepas semua syarat berkaitan dipenuhi,” kata YTL PowerSeraya.
Pengarah Urusan TNB Genco Datuk Nor Azman Mufti menyifatkan perjanjian itu sebagai langkah positif bagi memperkukuh bekalan tenaga rentas sempadan untuk merealisasikan Grid Tenaga Asean yang saling berhubungan sepenuhnya.
YTL PowerSeraya berkata pemeteraian itu juga merupakan kali pertama Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik ke Singapura atas dasar komersial mengikut Panduan Suruhanjaya Tenaga bagi Jualan Elektrik Rentas Sempadan.
Menurutnya, kerjasama berkenaan menjadi rasmi pada sesi pertukaran dokumen perjanjian pembelian elektrik rentas sempadan yang disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura Dr Tan See Leng.
Tengku Zafrul berada di republik itu bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan rasmi pertama ke Singapura.
YTL PowerSeraya adalah satu-satunya pihak di Singapura yang mempunyai pengalaman dalam perjanjian perdagangan dan penyelesaian kewangan tenaga rentas sempadan menerusi dagangan merentasi penyambung tara bekalan tenaga elektrik ke Malaysia pada 2011 dan 2013.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]