Senarai Berita

TNB lancar kempen cekap tenaga

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini melancarkan kempen Kecekapan Tenaga (EE) dalam usaha mendidik rakyat negara ini mengenai kepentingan kemapanan persekitaran menerusi penjimatan tenaga.


KPKT sedang teliti tapak loji WTE

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  sedang menilai tapak pelupusan sampah sedia ada yang sesuai untuk dibangunkan sebagai loji 'waste to energy' (WTE) atau loji sisa kepada tenaga.


Petronas lancar inisiatif 'Tender Clinic and Integrity Advocacy' di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Petronas melancarkan inisiatif 'Tender Clinic and Integrity Advocacy' di seluruh negara untuk meningkatkan keupayaan bidaan vendor tempatan dan kesedaran mengenai dasar syarikat berhubung integriti dan tadbir urus.


Yinson beli syarikat pengendali kapal pengangkat

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Yinson Eden Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Yinson Holdings Bhd (Yinson), telah mengambilalih syarikat pengendali kapal pengangkat berpangkalan di Singapura, Ezion Holdings Ltd (EHL) selepas mencapai persetujuan dengan pihak pemberi pinjaman EHL.


Sisa buangan Lynas: kerajaan mahu bekerjasama dengan Australia

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mahu mengadakan kerjasama dengan kerajaan Australia bagi memastikan sisa buangan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) dikembalikan ke negara itu.


TNB terus komited bangun tenaga mesra alam

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus komited membangunkan tenaga mesra alam dalam mencapai sasaran keupayaan tenaga boleh baharu (RE) sebanyak 1,700 MW menjelang 2025.


Pelaburan dialu-alukan, dengan syarat utamakan pembangunan lestari - Fuziah

KUANTAN, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelabur asing yang berhasrat mengembangkan perusahaan mereka di Malaysia dengan syarat mereka bermatlamatkan pembangunan lestari.


Petronas terus perkasa elemen tadbir urus, integriti menerusi CIAP

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus meningkatkan aktiviti pendidikan dan komunikasi bagi memperkasakan aspek integriti menerusi edisi terbaharu Corporate Integrity Advocacy Programme atau CIAP (Program Sokongan Integriti Korporat) untuk kalangan pengurusan kanannya.


Yutaka Shoji Jepun yakin dengan MSM Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Firma pembrokeran terkemuka Jepun, Yutaka Shoji yakin dengan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dan melabur lebih RM13 juta untuk memperluas operasinya di negara ini.


TNB komited beri nilai kepada pihak berkepentingan

Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk mengekalkan penciptaan nilai pemegang saham, menyediakan perkhidmatan cemerlang dan boleh dipercayai kepada pelanggan selain meneruskan pembangunan dan pemerkasaan profesional pekerja walaupun perubahan berlaku dalam kepimpinan.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]