Berita

Petronas lancar inisiatif 'Tender Clinic and Integrity Advocacy' di seluruh negara



KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Petronas melancarkan inisiatif 'Tender Clinic and Integrity Advocacy' di seluruh negara untuk meningkatkan keupayaan bidaan vendor tempatan dan kesedaran mengenai dasar syarikat berhubung integriti dan tadbir urus.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat gergasi minyak itu berkata sesi yang akan datang dijangka diadakan secara suku tahunan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan penyertaan dalam tender yang kompetitif. 

“Petronas memberikan kontrak melalui tender berdasarkan kepada meritokrasi, dan keutamaan kepada kemampuan vendor tempatan dalam skop kerja masing-masing,” katanya.

Naib Presiden Perolehan Kumpulan Petronas, Samsudin Miskon berkata susulan industri peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas disepadukan untuk memenuhi realiti baharu dalam sektor tenaga, masa depan dimiliki oleh mereka yang mempunyai keupayaan dan ketahanan untuk menghadapi tempoh yang mencabar dalam industri.

‘’Vendor tempatan perlu cepat dan mampu untuk terus relevan dan mampan. Menjadi kepentingan Petronas untuk menerima tender yang berkualiti tinggi, dari segi teknikal dan komersial, untuk menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan vendor,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Integriti Petronas Datuk Rohaizad Yaakob berkata langkah Malaysia yang lebih memberi penekanan kepada anti rasuah dan liabiliti korporat, penting bagi vendor untuk mematuhi semua integriti dan tadbir urus korporat yang berkenaan.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]