Berita

TNB terus komited bangun tenaga mesra alam



KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus komited membangunkan tenaga mesra alam dalam mencapai sasaran keupayaan tenaga boleh baharu (RE) sebanyak 1,700 MW menjelang 2025.

Terkini, syarikat itu telah mengadakan majlis pecah tanah Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Bukit Selambau, Kedah, yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan, dengan tarikh sasaran sperasi komersial pada 31 Dis 2020.

Majlis pecah tanah LLS bernilai RM180 juta itu, yang melibatkan pemasangan 134,880 panel solar fotovoltan di tapak projek seluas 50 hektar, disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, kata TNB dalam kenyataan.

Mukhriz berharap TNB akan mengemukakan bidaan bagi menambah kapasiti projek LSS di Bukit Selambau yang boleh mencapai penjanaan sehingga 100MW.

Beliau berkata jika TNB berjaya menambah projek LSS di Bukit Selambau sehingga 100MW, ia akan menjadi mercu tanda Bukit Selambau sebagai pekan solar.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]