KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus meningkatkan aktiviti pendidikan dan komunikasi bagi memperkasakan aspek integriti menerusi edisi terbaharu Corporate Integrity Advocacy Programme atau CIAP (Program Sokongan Integriti Korporat) untuk kalangan pengurusan kanannya.
Bertemakan 'Liabiliti Korporat - Satu Perubahan Landskap Integriti Korporat,' CIAP 2019 yang diadakan semalam, mengutarakan perubahan dalam landskap berkenaan selepas klausa liabiliti korporat dimasukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018.
Menurut kenyataan Petronas hari ini, klausa itu membabitkan liabiliti ke atas syarikat serta liabiliti peribadi yang tegas terhadap para pegawai serta barisan pengurusan kanan.
“Ia turut meliputi jangkauan lebih besar kerana membabitkan syarikat tempatan yang diperbadankan serta perkongsian atau kerjasama selain syarikat dan perkongsian diperbadankan asing dengan perniagaan di Malaysia," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan dan Penasihat Undang-Undang Kumpulan Petronas, Maliki Kamal Mohd Yasin yang mewakili syarikat pada acara tersebut, membangkitkan toleransi sifar kumpulan terhadap perbuatan rasuah yang menjadi teras bagi mengekalkan budaya beretika dan mematuhi undang-undang yang terbukti membawa banyak manfaat.
Ketua Pegawai Integriti Petronas, Datuk Rohaizad Yaakob berkata klausa liabiliti korporat itu memerlukan semua organisasi komersial mengambil langkah tegas bagi memastikan perniagaan mereka tidak terbabit dalam amalan rasuah.
Pada Jun 2017, pihak Pengurusan Petronas menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (CFP) bagi memperkukuh usaha syarikat itu menjadi sebuah organisasi yang bebas rasuah.
Petronas turut menjadi antara syarikat pertama di Malaysia yang menerima pensijilan ISO 37001:Sistem Pengurusan Antirasuah.
Selain itu, Petronas turut melanggan Akta Rasuah United Kingdom 2010 (UKBA) - salah satu undang-undang antirasuah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selain melaksanakan langkah-langkah wajar yang ditetapkan oleh dokumen itu.
Ini termasuk mewujudkan Rangka Kerja Pematuhan Integriti Petronas (PICF) pada tahun 2012.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]