KUANTAN, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelabur asing yang berhasrat mengembangkan perusahaan mereka di Malaysia dengan syarat mereka bermatlamatkan pembangunan lestari.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata walaupun kehadiran pelabur penting, namun pada masa yang sama kehadiran mereka tidak boleh disertai dengan masalah seperti pembuangan sisa toksik atau perkara lain yang berisiko merosakkan alam semulajadi.
Sehubungan itu, Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan mempersoalkan mengapa kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini, yang merupakan pelaburan dari Australia tidak boleh mematuhi arahan yang dikeluarkan kepada mereka.
"Mereka yang mahu melabur di sini perlu mengikut peruntukan undang-undang Malaysia dan peka dengan perkara yang membabitkan kepentingan rakyat,” katanya ketika ditemui di Program Sambutan Hari Wanita 2019 di Pantai Cherok Paloh di sini, hari ini.
“Saya percaya, banyak syarikat yang sudah lama beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng dan mereka boleh mematuhi undang-undang serta syarat ditetapkan. Syarikat-syarikat multinasional seperti BASF-PETRONAS dan Eastman sebagai contoh, sudah berpuluh tahun di Gebeng dan mereka tidak ada masalah untuk mengikut peraturan yang ditetapkan," tambahnya.
Fuziah berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof semalam, bahawa operasi Lynas akan diteruskan sebagai salah satu usaha menarik pelabur asing ke dalam negara.
Mohd Redzuan dilaporkan sebagai berkata keputusan tidak menutup operasi Lynas akan memberi isyarat jelas bahawa pelabur asing tidak perlu bimbang untuk ke sini kerana Malaysia baharu adalah kerajaan yang mempromosikan suasana perniagaan yang mesra.
Fuziah bagaimanapun berpendapat kenyataan Mohd Redzuan perlu dilihat dalam ruang lingkup lebih luas dan bukannya merujuk kepada Lynas semata-mata.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]