Berita

Sisa buangan Lynas: kerajaan mahu bekerjasama dengan Australia



KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mahu mengadakan kerjasama dengan kerajaan Australia bagi memastikan sisa buangan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) dikembalikan ke negara itu.

Timbalan Menterinya Isnaraissah Munirah Majilis berkata kerjasama itu bagi mencari jalan dalam usaha memudahkan proses pengeluaran residu 'Water Leached Purification' (WLP) yang dihasilkan kilang Lynas dihantar ke Australia yang sepatutnya dilakukan sebelum September ini.

"Menteri (Yeo Bee Yin) telah menulis surat kepada rakan sejawatannya di Australia pada 26 Feb lepas untuk memaklumkan mengenai kerjasama ini bagi memudah cara pengeluaran sisa berkenaan dari Malaysia ke negara tersebut," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) berkenaan langkah diambil kerajaan dalam memastikan sisa buangan Lynas dikembalikan ke Australia.

Isnaraissah Munirah berkata pada masa sama, pasukan petugas yang ditubuhkan kerajaan juga sedang mengenal pasti prosedur dan instrumen antarabangsa berkaitan, untuk proses penghantaran keluar residu WLP itu.

Katanya ia akan mengambil kira semua aspek perundangan, keselamatan orang awam dan pekerja serta alam sekitar.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Plus Xnergy Sokong Dasar Percepat Penerimagunaan Solar Dalam Belanjawan 2025

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.


Pusat Data Google Malaysia Jadi Penanda Aras Kecekapan Penggunaan Tenaga, Air

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.


140 Kampung Di Sarawak Nikmati Bekalan Elektrik SARES Fasa 2

KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Sebanyak 140 kampung di pelbagai daerah di Sarawak yang melibatkan 2,755 rumah kini menikmati bekalan elektrik yang stabil menerusi projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) Fasa 2. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]