Berita

Yinson beli syarikat pengendali kapal pengangkat



KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Yinson Eden Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Yinson Holdings Bhd (Yinson), telah mengambilalih syarikat pengendali kapal pengangkat berpangkalan di Singapura, Ezion Holdings Ltd (EHL) selepas mencapai persetujuan dengan pihak pemberi pinjaman EHL.

Yinson Eden membuat pengambilalihan itu susulan perjanjian pertukaran hutang bersyarat serta perjanjian pilihan bersyarat dengan EHL.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yinson berkata sebaik usaha pertukaran hutang itu selesai, YPL akan memegang kepentingan minimum 70 peratus dalam modal saham EHL yang dipertingkatkan.

“YEPL kini dalam proses berbincang dengan pihak pemberi pinjaman bagi mengambil alih sehingga US$916 juta (US$1 = RM4.08) nilai pinjaman sedia ada menerusi pembayaran hutang. Pemberi pinjaman itu akan dibayar tunai US$200 juta serta saham EHL oleh YEPL,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan, berkata kapal pengangkat itu menjadi pilihan bagi tujuan kelangsungan pengeluaran minyak dan memberi nilai sinergistik kepada aktiviti utama merangkumi penyewaan, carter dan pengurusan kapal bagi kegunaan sektor industri minyak dan gas.

“Kapal jenis ini menjadi pilihan bagi tujuan pemasangan dan penyelenggaraan kemudahan angin luar pesisir. Langkah pengambilalihan ini juga seiring dengan aspirasi Yinson untuk menceburi sektor tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Menurut Yinson, saham EHL yang akan dipegang oleh YEPL juga berasaskan perjanjian penukaran hutang bersyarat yang membolehkan YEPL untuk memanfaatkan hutang ke dalam saham EHL pada harga 5.5 sen sesaham.

“Ia turut beserta pilihan persetujuan bersyarat yang membolehkan YEPL melanggani sehingga 3.36 bilion saham EHL pada harga pelaksanaan 60.5 sen sesaham pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun bermula dari tarikh penerbitan opsyen tersebut,” katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]