KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk mengekalkan penciptaan nilai pemegang saham, menyediakan perkhidmatan cemerlang dan boleh dipercayai kepada pelanggan selain meneruskan pembangunan dan pemerkasaan profesional pekerja walaupun perubahan berlaku dalam kepimpinan.
Syarikat utiliti utama milik negara itu mengulangi bahawa walaupun berlaku perubahan organisasi pada peringkat tertinggi, TNB akan terus mendukung kemampanan pada terasnya dengan meningkatkan penekanan terhadap penyelesaian tenaga dan tenaga boleh diperbaharu.
“TNB telah menunjukkan contoh piawaian tadbir urus korporat tertinggi dan tidak terkecuali berhubung dengan pelantikan kepimpinannya,” menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.
Semalam, TNB mengumumkan pelantikan Amir Hamzah Azizan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO), berkuat kuasa 2 April, menggantikan presiden merangkap CEO Datuk Seri Azman Mohd, yang meletak jawatan selepas enam tahun berkhidmat, berkuat kuasa 31 Mac.
“TNB berterima kasih atas sumbangan Azman sejak pelantikannya pada 2012, yang menyaksikan penggandaan nilai pasaran TNB sebagai hasil transformasi yang dilakukan oleh syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Melalui transformasi ini, Azman telah meletakkan TNB pada landasan aspirasi lebih tinggi dengan mengetuai dan memberi inspirasi kepada seluruh warganya, menanamkan budaya kerja baharu yang memastikan mereka pada masa ini dilengkapi dan bersedia dengan lebih baik untuk menghadapi aliran dunia inovatif dalam industri utiliti yang menjadi perhatian global,” katanya.
TNB berkata pengalaman luas Amir Hamzah di beberapa syarikat multinasional dan sektor tenaga adalah penting kepada perjalanan transformasi ‘Reimagining TNB’ untuk membawa syarikat ini ke peringkat seterusnya dan dalam mencapai aspirasi menjadi 10 firma utiliti utama dunia menjelang 2025.
-- BERNAMA
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.
KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Sebanyak 140 kampung di pelbagai daerah di Sarawak yang melibatkan 2,755 rumah kini menikmati bekalan elektrik yang stabil menerusi projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) Fasa 2.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]