Harga runcit petrol RON97 naik 12 sen kepada RM2.79 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 4 Okt.
NEW YORK, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk penyenaraian satu daripada anak syarikat Petronas untuk menjadikan pasaran saham Malaysia lebih menarik.
Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisian Semula Sarawak Energy, yang pertama di Asia Tenggara dan dibina antaranya untuk menyediakan bahan api kepada bas hidrogen yang dikendalikan kerajaan negeri dihentikan operasi buat sementara waktu berikutan penemuan cecair bahan cemar.
Dialog Group Bhd hari ini secara rasminya melancarkan Fasa 3A pembangunan Terminal Laut Dalam (PDT) berkeluasan 485.62-hektar, susulan pemeteraian Perjanjian Penyimpanan Jangka Panjang (LTSA) syarikat itu dengan BP Singapore Pte Ltd.
Sebanyak 3,398 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Semenanjung Malaysia akan menerima diskaun 20 peratus bil elektrik mulai November in hingga Disember tahun depan.
KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Perdana Nautika Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perdana Petroleum Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan satu unit kapal bekalan dan pengendalian (AHTS) bernilai RM20 juta.
PUCHONG, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu merebut peluang dalam model perniagaan berasaskan bio seperti biotenaga, biopertanian, produk eko dan biokimia yang mampu mencipta gelombang baharu bioekonomi untuk pertumbuhan ekonomi.
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Petronas LNG Ltd (Petronas LNG) dan Korea Midland Power Co. Ltd. (KOMIPO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang perniagaan gas asli cecair (LNG) dan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE).
SHAH ALAM, 24 Sept (Bernama) -- Cenergi SEA Sdn Bhd, melalui subsidiari milik penuhnya, Cenergi RE Sdn Bhd, telah memperolehi Fasiliti Pinjaman Green Club sebanyak RM100 juta daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd dan China Construction Bank (M) Bhd bagi membiayai projek biogas kepada tenaga (BTE) syarikat itu.
SEREMBAN, 24 Sept -- Pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan Nilai bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan jumlah penduduk di daerah itu, kata Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Datuk Zazali Salehudin.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]