Berita

Malaysia perlu teroka peluang perniagaan lebih luas dalam industri biomas - Kok



PUCHONG, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu merebut peluang dalam model perniagaan berasaskan bio seperti biotenaga, biopertanian, produk eko dan biokimia yang mampu mencipta gelombang baharu bioekonomi untuk pertumbuhan ekonomi.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata empat perniagaan biomas itu dapat membantu negara memanfaatkan peluang kekayaan hijau.

“Pada tahun lepas, (bagi) industri biomas kelapa sawit, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia telah meluluskan tujuh projek utama dengan jumlah pelaburan berjumlah RM243 juta, tiga kali ganda daripada pelaburan pada 2017 yang bernilai RM78.4 juta.

“Pelaburan asing berjumlah RM151.4 juta, menyumbang 62 peratus, manakala baki RM92.5 juta lagi mewakili pelaburan langsung domestik,” katanya berucap pada Seminar Industri Biomas Malaysia 2019 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Tan Yew Chong.

Kok berkata satu daripada projek signifikan yang diluluskan ialah Advance Fibre Sdn Bhd bagi menukar pokok kelapa sawit kepada venir dan papan lapis, melibatkan cadangan pelaburan RM74.1 juta serta kira-kira 150 peluang pekerjaan.

“Selain itu, pasaran modal tempatan menerusi pasaran LEAP Bursa Malaysia baru-baru ini menyaksikan kejayaan penyenaraian syarikat kejuruteraan biomas, Fibromat (M) Bhd yang menggunakan biomas sebagai stok suapan untuk menghasilkan produk eko yang inovatif bagi mengawal hakisan,” katanya.

Sebanyak 200 pihak berkepentingan dalam biomas menghadiri seminar sehari bertemakan “Model Perniagaan Lautan Hijau, Peluang Pasaran dan Pembiayaan.” 

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]