Senarai Berita

Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik dilantik sebagai CEO@POLYCC

KUCHING, 3 Julai (Bernama) -- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad Datuk Dr Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah dilantik sebagai CEO@PolyCC dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching bagi tahun 2019-2020.


Malaysia sokong perjanjian kurangkan pengeluaran minyak hingga 31 Mac, 2020 - Azmin

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong cadangan Pengisytiharan Kerjasama (DoC) yang akan dilanjutkan selama sembilan bulan hingga 31 Mac, 2020, pada paras pengeluaran semasa yang dipersetujui untuk memastikan kesinambungan kerjasama semasa yang lancar.


Amaran kepada kontraktor sebabkan gangguan elektrik - SEB

MIRI, 2 Julai (Bernama) -- Sarawak Energy Berhad (SEB), pembekal tenaga elektrik tunggal di negeri ini, akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang merosakkan kabel bawah tanah milik SEB yang menyumbang kepada penyebab gangguan elektrik di negeri ini. 


Petronas beri kontrak TA4MS kepada 17 vendor tempatan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memberikan Perjanjian Perkhidmatan Induk (MSA) bagi Integrated Turnaround Main Mechanical and Maintenance Mechanical Static (TA4MS) jangka panjang kepada 17 kontraktor tempatan, untuk menyelaraskan pemulihan lojinya dan pengurusan vendor penyelenggaraan harian.


Tiada lagi kilang kimia di Pasir Gudang pada masa hadapan

JOHOR BAHRU, 1 Julai (Bernama) -- Sebarang permohonan untuk membina kilang kimia baharu di Pasir Gudang tidak akan diluluskan lagi pada masa depan bagi memastikan pembangunan yang lebih lestari di kawasan terbabit.


Petronas sahkan Mohd Anuar masih pegang jawatan sama

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Petronas hari ini menjelaskan bahawa Datuk Mohd Anuar Taib masih kekal dengan jawatannya sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perniagaan Huluan syarikat petroliam nasional tersebut.


Program biodiesel diharap dilaksana dengan serius di Sarawak

BINTULU, 29 Jun (Bernama) -- Kementerian Industri Utama berharap pelaksanaan program biodiesel B10 di sektor pengangkutan dan B7 di sektor industri dapat dilakukan dengan serius di Sarawak.


TNB peroleh kelulusan kerajaan teruskan ICPT

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kerajaan, menerusi surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), memberi keluiusan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Julai, 2019 hingga 31 Dis, 2019.

Tiada surcaj elektrik dikenakan kepada pengguna bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2019

Tiada surcaj elektrik dikenakan kepada pengguna domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2019.

Harga RON95 dan diesel kekal, RON 97 naik 11 sen

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter manakala harga RON97 pula RM2.49 seliter, naik 11 sen bagi tempoh 29 hingga 5 Julai.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]