Berita

Solarvest harap kerajaan tingkat inisiatif untuk galak pemasangan PV solar di rumah



KUALA LUMPUR, 10 Sept -- Solarvest Holdings Bhd berharap kerajaan menyediakan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan pemasangan sistem fotovoltan solar (PV) di kediaman, dalam Belanjawan 2020 akan datang.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata pemasangan panel PV solar di bumbung menawarkan banyak manfaat kepada pemilik rumah, termasuk bayaran bil elektrik yang lebih rendah, keupayaan untuk menjana tenaga bersih sendiri dan mengurangkan jejak karbon.

Pakar sistem solar PV mencadangkan kerajaan memperkenal rebat cukai individu sehingga RM10,000 bagi mereka yang memasang panel PV solar di atas bumbung kerana ini akan mengurangkan kos pendahuluan awal dan meningkatkan pulangan pelaburan kepada pemilik rumah.

Ia juga mencadangkan pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 2.0 - yang kini hanya diberikan kepada syarikat - diperluas untuk meliputi pemilik kediaman.

"Di bawah GTFS 2.0, pemohon layak mendapat rebat dua peratus setahun ke atas faedah pinjaman bank untuk pemasangan panel PV solar.

"Bagi pemilik rumah yang memohon untuk GTFS 2.0, yuran pemprosesan minimum perlu diturunkan kepada RM1,000 daripada kadar semasa RM8,000 bagi syarikat," katanya.

Chong berkata kerajaan akan dapat mempercepat sasarannya untuk mencapai 20 peratus gabungan kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2025 apabila pemilik rumah secara aktif beralih kepada tenaga boleh baharu.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]