Berita

Firma Rusia tinjau peluang tenaga boleh diperbaharui di Malaysia

Oleh Samantha Tan Chiew Tieng

PUTRAJAYA, 7 Sept -- Perniagaan projek tenaga Rusia, Vershina Development LLC sedang meninjau peluang berpotensi dalam tenaga boleh baharu di Malaysia khususnya di Perlis.

Ketua Pengarah, Pavel Shevchenko berkata ia tepat pada masanya untuk Vershina Development mencari peluang di Malaysia susulan lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ke Rusia bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) kali kelima di Vladivostok baru-baru ini atas jemputan rasmi Presiden Vladimir Putin.

“Lawatan Dr Mahathir akan menggalakkan lagi pelaburan dari Rusia dan begitu juga sebaliknya, di samping mewujudkan platform kepada syarikat Malaysia untuk mendapatkan perkongsian baharu dan potensi perniagaan di wilayah Timur Jauh,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata Vershina Development menumpukan pembangunan, reka bentuk, pembinaan dan pengurusan projek tenaga boleh baharu di Rusia dan luar negara.

Pihaknya bersedia untuk membangunkan secara bersama projek di Malaysia dengan kepakaran, pembinaan dan pembiayaan yang dimiliki Vershina Development, katanya.

Sementara itu, CAG (M) Sdn Bhd, pemudah cara Malaysia bagi Vershina Development berkata Perlis menjadi antara lokasi yang menjadi pilihan memandangkan negeri itu menerima sinaran solar tertinggi di Malaysia.

Pengarah, Tan Lin Chung berkata Perlis, yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, merupakan lokasi ideal bagi projek tenaga boleh baharu memandangkan ia juga dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu panas tertinggi Malaysia.

Mengenai penyertaan Malaysia dalam EEF, beliau berkata ia akan menjadikan Malaysia terbuka untuk menerima pelabur berpotensi dari Timur Jauh selain membawa firma Rusia untuk berkongsi kepakaran serta pertukaran teknologi dan begitu juga sebaliknya.

EEF adalah forum antarabangsa tahunan untuk membincangkan prospek kerjasama ekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi pesat di Asia Timur, dan semakin mendapat perhatian antarabangsa.

Ia juga merupakan platform terbaik untuk menyediakan lebih banyak perniagaan, pelaburan serta kerjasama baharu terutama dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 demi kepentingan pembangunan ekonomi negara.

-- BERNAMA
 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]