Berita

Potensi usaha sama strategik antara Khazanah, Mubadala dibincang - Azmin



KUALA LUMPUR, 9 Sept -- Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perbincangan mengenai potensi usaha sama strategik antara Khazanah Nasional Bhd dan Mubadala Investment Company, berlangsung semasa beliau mengadap Putera Mahkota  Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

“Perbincangan yang produktif bersama Yang Teramat Mulia Sheikh @MohamedBinZayed Al Nahyan, mengenai potensi usaha sama strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan Mubadala Investment Company mengenai industri infrastrukur dan strategik bagi mewujudkan kemakmuran untuk manfaat kedua-dua negara," kata Azmin dalam tweetnya.

Mubadala ialah dana kekayaan Abu Dhabi.

Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga ialah Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Azmin juga berkata perbincangan akan diadakan bagi penubuhan Jawatankuasa Bersama (JIC) bagi meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Ia akan dipengerusikan bersama oleh Menteri dari Malaysia dan UAE.

“JIC bertujuan memanfaatkan potensi kerjasama ekonomi sepenuhnya antara Malaysia dan UAE dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga, minyak dan gas, infrastruktur dan pelancongan,” kata Azmin yang mengetuai delegasi Malaysia pada Rundingan Meja Bulat Tenaga Asia Kelapan (AMER8) dan Kongres Tenaga Dunia ke-24 (WEC24) di Abu Dhabi.

“UAE ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah, dan kami teruja dengan potensi ekonomi menerusi pelaburan yang memberi manfaat bersama menerusi JIC. Potensinya tiada had dan boleh dimajukan bersama,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]