Berita

Sukuk mampan Edra Solar miliki perbezaan bawa tiga jenis penarafan 

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) Asean bernilai RM245 juta cadangan Edra Solar Sdn Bhd bukan sahaja sebagai perintis dalam elemen hijau dan sosial tetapi mempunyai perbezaan dengan membawa gabungan tiga jenis penarafan -- satu lagi pertama dalam pasaran.

Sukuk mampan yang dicadangkan itu mempunyai penarafan kredit, penarafan manfaat kepada alam sekitar dan penarafan manfaat kepada sosial, menurut RAM Consultancy Services Sdn Bhd (RAMC) dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif RAMC Promod Dass berkata sukuk SRI Edra Solar merupakan urus niaga pertama yang diberi penarafan Manfaat kepada Sosial RAMC dan menyumbang kepada inovasi yang seterusnya dalam kewangan mampan.

“Bon sosial/penilaian sukuk RAMC mewakili penilaian kuantitatif dan kualitatif sumbangan projek kepada penyelesaian sosial yang berpotensi," kata Dass.

Beliau berkata RAMC mempertimbangkan kepentingan strategik projek itu dan manfaat sosial dari segi langsung dan boleh diukur manakala skala, kualiti dan tempoh projek itu juga menjadi elemen utama dalam kriteria RAMC.

Pada Jumaat lepas, RAM Ratings memberikan penarafan kredit AA2/Stabil awal kepada cadangan sukuk mampan itu.

Pada masa sama, RAMC -- penyedia analisis perkhidmatan kemampanan serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) -- memberikan penarafan Manfaat kepada Alam Sekitar Tahap-1 (Tier-1 EB) dan Manfaat kepada Sosial Tahap-3 (Tier-3 SB) kepada cadangan terbitan itu.

RAMC berkata kumpulan RAM merupakan penyumbang yang aktif kepada pembangunan kewangan hijau dan mampan di peringkat global.

Pada 26 Mei, 2016, RAM Ratings menyertai barisan enam perintis penandatangan agensi penarafan kredit global kepada Prinsip yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Kenyataan Mengenai ESG dalam Penarafan Kredit Pelaburan Bertanggungjawab.

-- BERNAMA 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]