KUCHING, 26 Sept -- Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisian Semula Sarawak Energy, yang pertama di Asia Tenggara dan dibina antaranya untuk menyediakan bahan api kepada bas hidrogen yang dikendalikan kerajaan negeri dihentikan operasi buat sementara waktu berikutan penemuan cecair bahan cemar.
Menteri Pengangkutan negeri Datuk Lee Kim Shin berkata pada masa ini sekumpulan pakar daripada Linde EOX Sdn Bhd, rakan kongsi teknologi yang mengintegrasi sistem untuk projek perintis itu sedang bekerja rapat dengan Sarawak Energy untuk mengatasi masalah tersebut yang dikesan semasa ujian prestasi loji berkenaan.
“Ujian prestasi adalah proses lasak untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan isu yang dikesan ditangani semasa tempoh jaminan, dan juga bagi menyelesaikan masalah awalan yang lumrah dalam projek penyelidikan dan pembangunan. Loji ini masih dalam jaminan Linde,” kata kenyataan itu.
Kerajaan Negeri Sarawak mengetengahkan idea menggunakan bas menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui sebagai satu inisiatif untuk pengangkutan awam yang mesra alam dan melakukan ujian percubaan sejak bulan lepas dengan tiga bas sel bahan api hidrogen, dibekalkan Foshan Feishi Automobile Manufacture Co Ltd dari China.
Menurut satu laporan berita tempatan, bas berkenaan yang menyediakan perkhidmatan percuma sepatutnya boleh dinaiki oleh orang awam dan pelancong bermula 15 Sept lepas, dengan dua daripadanya untuk orang awam dan sebuah lagi bagi kegunaan pelancong.
Sementara itu loji berkenaan diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai sebuah projek penyelidikan dan pembangunan pada November 2017.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]