Berita

Diskaun 20% bil elektrik untuk Taska di Semenanjung Malaysia



PUTRAJAYA, 26 Sept -- Sebanyak 3,398 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Semenanjung Malaysia akan menerima diskaun 20 peratus bil elektrik mulai November in  hingga Disember tahun depan.

Timbalan Menteri Permbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM) , Hannah Yeoh, berkata, inisiatif tersebut adalah hasil konsultasi dan advokasi kementeriannya dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata inisiatif tersebut bertujuan membantu pengusaha atau pemilik mengurangkan kos pengoperasian taska serta meningkatkan program pendaftaran taska dengan JKM bagi tujuan pemantauan dan keselamatan kanak-kanak.

Menurutnya, terdapat 4,744 taska yang berdaftar dengan JKM sehingga Ogos tahun ini dan daripada jumlah itu, 3,398 taska adalah di Semenanjung Malaysia.

"Kami menganggarkan sebanyak 374 taska baru akan berdaftar dengan JKM pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media sempena Program Galakan Pendaftaran Taska dengan JKM, yang turut dihadiri Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, di sini, hari ini.

Yeoh berkata kerajaan juga sedang meneliti untuk mengadakan perbincangan dengan Sarawak Energy Bhd (SEB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) agar inisiatif pemberian diskaun sedemikian turut dinikmati pengusaha dan pemilik taska di Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Yeo berkata pemberian diskaun 20 peratus bil elektrik itu adalah hasil penjimatan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) yang dilaksanakan oleh TNB di Semenanjung Malaysia.

Ditanya adakah inisiatif itu akan diteruskan selepas 31 Dis 2020, Yeo berkata: "Kami akan melihat selepas itu. Kita perlu galakkan pendaftaran (taska dengan JKM), kalau tidak letak tempoh masa maka akan melengah-lengah lagi. Jadi daftar secepat mungkin untuk nikmati  rebet ini.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]