KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Perdana Nautika Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perdana Petroleum Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan satu unit kapal bekalan dan pengendalian (AHTS) bernilai RM20 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini syarikat itu berkata tempoh kontrak tersebut adalah bagi 365 hari bermula 30 Ogos, 2019, dengan pilihan lanjutan bagi 365 hari lagi dan tambahan kos RM20 juta, jika berkenaan.
“Perdana Nautika akan menyediakan kapal AHTS dengan kru dan peralatan untuk melaksanakan perkhidmatan 24 jam bagi membantu dan/atau menyenggara pelantar penggerudian, pemasangan di luar pantai, kapal derrick barge, kapal penunda dan kapal berlabuh,” kata syarikat itu.
Perdana Petroleum berkata kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2019.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]