Berita

Dialog lancar fasa 3A Terminal Laut Dalam Pengerang

KUALA LUMPUR, 26 Sept  -- Dialog Group Bhd hari ini secara rasminya melancarkan Fasa 3A pembangunan Terminal Laut Dalam (PDT) berkeluasan  485.62-hektar, susulan pemeteraian Perjanjian Penyimpanan Jangka Panjang (LTSA) syarikat itu dengan BP Singapore Pte Ltd.

LTSA itu akan membabitkan pembinaan tangki simpanan dan pembekalan perkhidmatan penyimpanan dan kendaliannya kepada BP oleh Dialog dalam Fasa 3A tersebut. 

"Ini merangkumi tangki penyimpanan berkapasiti 430,000 meter padu bagi produk petroleum bersih yang dijangka siap pada pertengahan 2021.

"Fasa 3A itu merupakan peringkat pertama dalam Fasa 3 PDT yang mana pembinaan kemudahan tangki dan marin laut dalam (Jeti 3) sedang dijalankan," kata Dialog dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BP Supply & Trading (Hemisfera Timur) Sharon Weintraub dan Pengerusi Eksekutif Dialog Tan Sri Dr Ngau Boon Keat.

Dialog menyifatkan pelancaran itu menjadi bukti pengembangan berterusan PDT di Pengerang, Johor dengan Fasa 3 sedang dibangunkan di atas kawasan seluas kira-kira 121.41 hektar dalam PDT dengan nilai pelaburan awal sebanyak RM2.5 bilion. 

"Syarikat Dialog menyasarkan pelanggan bagi tempoh jangka sederhana sehingga panjang seperti pedagang minyak, syarikat multinasional minyak, kilang penapis dan petrokimia yang sebaliknya akan menyokong pelbagai operasi hiliran termasuk kilang penapis dan petrokimia dalam Kompleks Bersepadu Pengerang," kata syarikat itu.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]