SHAH ALAM, 24 Sept (Bernama) -- Cenergi SEA Sdn Bhd, melalui subsidiari milik penuhnya, Cenergi RE Sdn Bhd, telah memperolehi Fasiliti Pinjaman Green Club sebanyak RM100 juta daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd dan China Construction Bank (M) Bhd bagi membiayai projek biogas kepada tenaga (BTE) syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ernest Navaratnam berkata projek tersebut merangkumi tambahan sembilan loji BTE di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
"Suntikan terbaharu ini juga bermakna kami akan dapat mempercepatkan strategi pengembangan kami," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian tiga pihak yang terkait dengan fasiliti itu di sini hari ini.
Majlis tersebut diadakan bersempena dengan Persidangan dan Pameran Antarabangsa mengenai Pengurusan Sisa yang dianjurkan oleh Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor serta Cenergi SEA.
Sebagai anak syarikat kepada dana pelaburan strategik kerajaan Khazanah Nasional Bhd, Cenergi SEA juga merupakan salah satu daripada peneraju biogas efluen kilang minyak sawit yang dihubungkan oleh grid yang terbesar di Malaysia.
Buat masa sekarang, Cenergi RE memiliki dan mengendalikan tujuh loji biogas yang menjana tenaga keseluruhan sebanyak 8.6 MW.
Navaratnam berkata, tambahan sembilan lagi loji BTE akan menjana, masing-masing setiap satu sebanyak 1.5 MW tenaga secara purata.
Sehingga Julai 2019, Cenergi RE telah menjana sejumlah 135,090 MWh tenaga boleh diperbaharui kepada grid negara dan mengurangkan sehingga 134,930 tan karbon dioksida.
Menurut Navaratnam, Fasiliti Green Club akan membantu syarikat untuk memenuhi keperluan pembiayaan biogas dan meningkatkan sumbangannya terhadap matlamat tenaga hijau nasional yang mensasarkan penjanaan 20 peratus daripada tenaga negara daripada sumber yang boleh diperbaharui.
"Daripada 20 peratus itu, kami berhasrat untuk menjana 10 peratus menjelang 2025," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]