Berita

Petronas LNG, KOMIPO bekerjasama teroka peluang perniagaan LNG, RE

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Petronas LNG Ltd (Petronas LNG) dan Korea Midland Power Co. Ltd. (KOMIPO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang perniagaan gas asli cecair (LNG) dan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE).

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak berhasrat menilai, berbincang dan mengadakan kajian mengenai infrastruktur LNG, perniagaan tenaga dan peluang RE, menurut Petronas LNG dalam kenyataan hari ini.

MoU itu tersebut dimeterai pada 18 Sept, 2019 di Houston, Texas. Pengerusi Petronas LNG Ahmad Adly Alias menandatangani MoU itu bagi pihak syarikat itu, manakala KOMIPO diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Park Hyung Koo.

Ahmad Adly berkata MoU dengan KOMIPO membuktikan komitmen PLL dalam menjadi penyedia penyelesaian tenaga yang boleh dipercayai.

Bagi Hyung Koo, pemeteraian MoU itu membolehkan KOMIPO dan Petronas LNG meletakkan asas hubungan perniagaan dalam LNG dan tenaga boleh diperbaharui.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]