Senarai Berita

Icon Offshore lantik Pengarah Urusan baru

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Icon Offshore Bhd (Icon) melantik Datuk Seri Hadian Hashim sebagai pengarah urusan barunya berkuat kuasa 3 September, 2019.


Mekanisme pelaksanaan subsidi petrol bersasar diumum dalam dua minggu - Saifuddin

PUTRAJAYA, 20 Ogos -- Mekanisma pelaksanaan program subsidi petrol bersasar kepada golongan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) akan diumumkan dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Handal Resources tukar nama kepada Handal Energy

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Penyedia perkhidmatan kren bersepadu, Handal Resources Bhd, akan menukar namanya kepada Handal Energy Bhd. 


10 ribu unit lampu jalan kampung LED dijangka siap dipasang tahun depan - Rina

HULU LANGAT, 19 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memasang 10 ribu unit Lampu Jalan Kampung (LJK) jenis Light Emitting Diode (LED) di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia bermula tahun ini dan dijangka siap tahun depan.


Keuntungan bersih Gas Malaysia meningkat kepada RM49 juta pada Q2

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kuntungan bersih Gas Malaysia Bhd meningkat kepada RM49.01 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 berbanding RM48.07 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lepas.


Matrade akan kembangkan kehadiran sektor O&G Malaysia di Afrika

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kini meningkatkan usahanya untuk mengembangkan kehadiran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia di Afrika dengan menerajui Misi Pemecut Eksport (EAM) ke dua negara pengeluar minyak utama di rantau itu.


Ramai pakar sahkan operasi Lynas selamat

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, berkata ramai pakar dalam bidang tenaga atom mengesahkan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) sebagai selamat.


PDF: Tiada permohonan rasmi spesifik dari Lynas

KUANTAN, 19 Ogos (Bernama) -- Kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) setakat ini, tiada mengemukakan permohonan rasmi secara spesifik lokasi Tapak Pelupusan Kekal (PDF), bagi residu Water Leach Purification (WLP) yang dikatakan akan dibangunkan di Pahang.


Lynas: Kerajaan ikut laporan pakar - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kerajaan akan tetap berpegang kepada keputusan berhubung pembaharuan lesen operasi kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd, dan akan mengikut pandangan pakar serta saintis yang memahami mengenai bahaya sisa radioaktif.


Kerajaan amat teliti sebelum perbaharui lesen Lynas

Oleh Noor Shamsiah Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan dilihat sangat berhati-hati dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan memperbaharui lesen pengoperasian kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd, di Gebeng, Kuantan, selama enam bulan.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]